/* */

Zara Zya Dedah Hidap Kanser Sel Buah Pinggang Tahap Satu, Nasihat Jangan Abaikan Isyarat Badan

Hiburan

Zara Zya Dedah Hidap Kanser Sel Buah Pinggang Tahap Satu, Nasihat Jangan Abaikan Isyarat Badan

Pelakon popular Zara Zya berkongsi mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya selepas mendedahkan dirinya disahkan menghidap renal cell carcinoma atau kanser sel buah pinggang tahap satu.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin memaklumkan bahawa tubuh badannya telah menunjukkan pelbagai tanda awal sebelum diagnosis dibuat.

Advertisement

Zara Zya

Bertahun badan beri isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah dan denyutan yang berulang.

Sehingga tahun lepas, semua semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap satu.

Tolong jangan abaikan isyarat tubuh kita.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai, dengan rata-rata warganet membanjiri ruangan komen untuk mendoakan agar pelakon drama Sumpah Ibuku itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

Difahamkan, penyakit berkenaan dikesan secara tidak langsung selepas Zara menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) ketika mendapatkan rawatan bagi masalah arthritis sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nedim nazri nadia brian
2025-12-20 12:12:25

Nedim Nazri Muat Naik Foto Bersama Nadia Brian, Nora Danish Approve? - "Separuh Hati Saya Tertinggal Di Sini.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Motoring | Sport | Makeup | Hairstyles | Business