/* */

Untung Jadi Pengguna MAE! Dapat Pulangan 5% Setahun & Banyak Lagi Tawaran Hebat Sempena Ulang Tahun Ke-5!

Branded

Untung Jadi Pengguna MAE! Dapat Pulangan 5% Setahun & Banyak Lagi Tawaran Hebat Sempena Ulang Tahun Ke-5!

Siapa pengguna aplikasi MAE by Maybank2u dekat sini, kita geng! Sejak ada aplikasi ini, semua urusan perbankan jadi mudah kan?

Maklumlah, aplikasi ini kan lengkap semua-dalam-satu, menggabungkan aplikasi perbankan mudah alih dengan e-dompet, siap ada alat pengurusan kewangan dan gaya hidup lagi!

Aplikasi MAE ni adalah aplikasi perbankan mudah alih bersepadu yang dapat memanfaatkan pengguna dengan alatan betul untuk menguruskan hal kewangan tau. Paling penting, ianya boleh dipercayai dengan keselamatan disokong oleh bank yang kukuh berpengalaman bertahun.

Haa, MAE baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-5 mereka tau, dan tahu tak apa maksudnya? Anda berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran menarik!!

Pulangan 5% Setahun Menerusi MAE Wallet

Beruntung siapa yang menjadi pengguna tegar aplikasi Maybank MAE ni sebab sempena menyambut ulang tahun ke-5 mereka, macam-macam tawaran boleh dinikmati.

Yang paling best, anda berpeluang untuk menikmati pulangan 5% setahun menerusi MAE Wallet sehingga 31 Januari 2026. Bestnya!

Apa yang anda perlu buat adalah lakukan pemindahan minima RM200 daripada bank atau eWallet lain ke dalam MAE Wallet anda bermula sekarang sehingga 30 November 2025 (tempoh deposit), dan letak ‘MAETurns5’ pada ruangan rujukan penerima. Senangkan?

Psst, kadar ini adalah kadar yang terbaik buat masa ini tau, dan MAE Wallet ni patuh Shariah ya, jadi jangan risau okay?

MAE Turns 5

Terdapat 3 cara untuk korang nikmati pulangan ini antaranya lakukan pemindahan seawal yang mungkin untuk mendapatkan pulangan harian yang lebih. 

Kalau anda maksimumkan dan pindah RM10,000 bermula 4 November 2025 (jika anda memiliki kad MAE) serta kekalkan baki ini setiap hari sepanjang tempoh kempen, anda boleh dapat RM121.90!

Haa? Macam mana?! Ini cara pengiraannya: 

5% x RM10,000 = RM500 setahun (365 hari)

RM500 / 365 hari x 89 hari = RM121.90

Kalau anda tak mempunyai jumlah seperti tertera di atas, anda boleh melakukan maksimum 3 kali pindahan antara 30 Oktober 2025 hingga 30 November 2025. Pulangan pula akan dikreditkan kepada korang pada bulan berikutnya.

Nikmati Pulangan Tunai Dengan Pembayaran QR

Guys, jujur cakap, memang beruntung jadi pengguna Maybank MAE ni sebab bukan setakat pulangan 5% setahun saja yang anda boleh nikmati, malah siap ada pulangan tunai sehingga RM15 lagi! Seriuslah?!

MAE Turns 5

Nak dapatkan pulangan tunai ini senang kacang saja! Tekan “Join Now” pada bahagian Tap, Track, Win di dalam aplikasi MAE, kemudian lengkapkan 5 pembayaran menggunakan QR (minima perlu RM15 setiap satu).

Psst, tawaran ini bermula dari 1 November sehingga 31 Disember 2025 saja tau. Jadi, cepat buat pembayaran di lebih 1 juta peniaga Maybank!

Diskaun Sehingga RM50 Dengan Pembelian Dalam Talian

Tak cukup dengan pulangan, MAE juga siap nak bagi diskaun kepada anda yang kaki shopping online tau!

Nikmati diskaun sehingga RM50 apabila anda check out pembelian anda dengan Maybank2u Online Banking di Shopee, TikTok Shop, Lazada, aplikasi/laman web Watsons, dan aplikasi ZUS COFFEE. Siapa cepat, dia dapat!

*Hanya pada hari dua digit atau tempoh jualan terpilih.

MAE Turns 5

Kalau korang belum menjadi pengguna Maybank, tunggu apa lagi? Cepat muat turun aplikasi MAE sekarang dan daftar MAE Wallet untuk nikmati promosi-promosi ‘MAE Turns 5’!

Sebenarnya, ada banyak lagi tawaran menarik yang anda boleh dapatkan pada Maybank MAE ni. Jadi, kalau anda nak tahu lebih lanjut, layari laman web rasmi Maybank, atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Local News | Lifestyle | Skincare | Travel | Opinion