/* */

Tular Kes ‘Lama’ Libatkan Uqasha Senrose, Kamal Adli Rayu Henti Sebar Kisah Negatif – “Kasihankan Kami Dan Anak, Hawra Uqaira”

Hiburan

Tular Kes ‘Lama’ Libatkan Uqasha Senrose, Kamal Adli Rayu Henti Sebar Kisah Negatif – “Kasihankan Kami Dan Anak, Hawra Uqaira”

Aktor Kamal Adli menitipkan pesanan kepada orang ramai agar berhenti memuat naik hantaran berkaitan kisah lalu yang bersifat negatif melibatkan dirinya dan isteri, Uqasha Senrose, di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli menjelaskan bahawa perkongsian sedemikian boleh memberi kesan buruk kepada anak perempuan mereka, Hawra Uqaira, yang kini sedang membesar.

Advertisement
Kamal AdliSumber : fatinnadiah94  

Boleh tak minta ihsan korang atau siapa-siapa henti post pasal kisah-kisah lalu saya dan Uqasha yang tak baik.

Sebab tak baik untuk Hawra Uqaira. Kesian kan kami. Maaf sangat, terima kasih sangat-sangat. Allah bless you all.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan permintaan aktor berkenaan dan menganggap isu rumah tangga seharusnya tidak terus diperdebatkan di ruang awam, lebih-lebih lagi melibatkan anak kecil.

Itula saya pun rasa patut stop hal ni. Hal rumah tangga orang ada je nak sibuk. Bak kata pepatah bangsa Melayu, ‘Sibuk jaga tepi kain orang’. Jaga la kain sendiri. Setiap keluarga tu manusia ada perasaan, ada anak kecil yang ada perasaan yang sedang membesar.

Semoga dipermudahkan segala urusan kau bro. Kita lelaki, kita kena kuat walaupun sesetengah benda tak seperti yang kita nak. Jalan terus dan InsyaAllah, Allah akan memberikan yang terbaik untuk kau dan family.

Untuk rekod, Uqasha sebelum ini memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-22 10:55:12

Pekerja Restoran Di London Puji Adab Uyaina Arshad, Dakwa Berbeza Dengan Selebriti Lain - "90% Daripada Mereka Sombong"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Entertainment | Makeup | Sport | Skincare | Lifestyle