/* */

“Tak Tahu ‘Chepoh’ Tu Putih Ke Tak” – Pempengaruh TikTok Kena ‘Cancel’ Buat Lawak Berbaur Seksu*l Di Kedai Makan

Kehidupan

“Tak Tahu ‘Chepoh’ Tu Putih Ke Tak” – Pempengaruh TikTok Kena ‘Cancel’ Buat Lawak Berbaur Seksu*l Di Kedai Makan

Tular di media sosial rakaman seorang pempengaruh TikTok yang dikatakan membuat lawak berbaur gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sedang makan di meja sebelah.

Dalam video berdurasi beberapa saat itu, pempengaruh berkenaan dilihat makan bersama keluarga di sebuah kedai makan sebelum mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak sopan dan menjurus ke arah sexual remarks terhadap wanita di sekitarnya.

Advertisement

Pempengaruh

Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan ramai apabila netizen menganggap gurauan itu tidak wajar, lebih-lebih lagi dilakukan di tempat awam dan di hadapan ahli keluarga sendiri.

Ramai pengguna media sosial menyeru supaya pempengaruh berkenaan dikenakan tindakan dan tidak lagi diberikan perhatian kerana dikatakan “berlawak tanpa batas dan merendahkan maruah wanita”.

Sejak video itu tersebar, akaun TikTok individu terbabit dilaporkan menerima kecaman bertubi-tubi dan rata-rata pengguna sepakat untuk ‘cancel’ pempengaruh tersebut atas sikapnya yang dianggap tidak menghormati orang lain.

Hasil carian mendapati akaun media sosial pempengaruh tersebut sudah dinyah hapus gara-gara kecaman yang diterimanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bengah cik bunga
2025-11-05 11:04:40

"Burukkan Aku Dalam 'Live', Mak Mentua Menekan.." - Isteri Pempengaruh Bengah Dakwa Rumah Tangga Kini Bergolak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Health | Video Terpalit Isu Pukul Anak Angkat Aliff Syukri Mohon Maaf | Makeup | Makeup | Wellness