Pelawak dan penyampai radio Johan dari Hot FM mencuri perhatian warganet selepas satu video temu bual lamanya kembali tular, memaparkan pendekatan tegas beliau dalam mendidik anak.
Menerusi temu bual dalam program realiti televisyen Borak SeeNI, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berkongsi pengalaman menghantar anak lelakinya, Ahmad Sodiq Hainana, ke rumah anak yatim sebagai satu bentuk hukuman dan pengajaran.
Menurut Johan, ketika Sodiq masih kecil, anaknya itu mempunyai sikap sukar berkongsi, bukan sahaja dengan orang luar malah sesama adik-beradik sendiri.
Dia (Sodiq) tak boleh share. Dia dengan adik-beradik pun tak boleh share. Jadi apa keputusan kita? Hantar rumah anak yatim.
Jelas Johan, insiden tersebut berlaku selepas Sodiq dan seorang lagi anaknya, Haziq, melakukan satu kesalahan bersama. Sebagai pengajaran, kedua-duanya dihantar ke rumah anak yatim selama tiga hari.
Tambahnya, tindakan itu bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya untuk membuka mata anak-anak tentang erti kesyukuran serta kepentingan berkongsi dengan melihat sendiri kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Ini adalah satu punishment atau pun pembelajaran untuk diri dia sendiri, untuk kesedaran dia. Sodiq antara anak saya yang memang tak boleh share – makan, sudu, air, tuala, barang-barang semua tak boleh kongsi.
Ada satu hari tu, dia buat kesalahan dengan adik. Jadi saya ambil Sodiq dan Haziq, dua-dua pergi rumah anak yatim selama tiga hari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang terkejut dengan pendekatan tegas Johan, namun tidak kurang juga yang memuji keberaniannya dalam mendidik anak-anak sejak kecil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

