/* */

“Tak Sempat Nak Kacip Kat Sini” – Farah Lee Jelaskan Jarang Aktif Di Media Sosial, Sibuk Dengan Komitmen

Kehidupan

“Tak Sempat Nak Kacip Kat Sini” – Farah Lee Jelaskan Jarang Aktif Di Media Sosial, Sibuk Dengan Komitmen

Aktivis kemanusiaan, Farah Lee tampil menjelaskan bahawa dirinya bukan jenis yang gemar menunjukkan sisi ‘kacip’ atau terlalu mesra di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Farah atau nama sebenarnya Norfarahin Romli berkata kehidupannya kini dipenuhi dengan pelbagai komitmen penting, menjadikan dia kurang masa untuk berinteraksi secara aktif di platform tersebut.

Advertisement

Sorry eh yang kecewa mengharap saya kacip dekat Threads. Kalau interaksi yang sebenar, saya memang jenis kacip juga terutama dengan kawan-kawan.

Karakter saya pun memang kawan-kawan kenal sebagai fun dan chill tapi tak sempat ye nak kacip kat sini sebab saya banyak komitmen. Banyak topi saya pakai.”

Tambahnya lagi, dia lebih suka menghabiskan masa dengan perkara yang bermanfaat berbanding meluangkan masa untuk kandungan tidak berfaedah di media sosial.

Jadi, nak aktif kat sosial media saja-saja memang takde masa. Lagipun saya tak suka tengok perkongsian yang tak perlu kat social media.

Dalam masa sama, Farah turut menitip pesanan buat golongan muda agar lebih bijak memilih kandungan yang memberi nilai dan ilmu.

Saya harap anak-anak muda membesar melihat sesuatu yang mempunyai isi. Tidak perlu formal atau terlalu boring namun cukup untuk santai dan tak merapu. Kita perlu anak muda yang matang.

Perkongsian jujur Farah itu menerima pujian ramai yang menganggap beliau sebagai figura berprinsip dan menjadi contoh positif kepada generasi muda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-11 18:52:12

(TAKZIAH) Cikgu E Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Business | Health | Culture | Sport | Politics