Meski sering dikeluh mengenai keadaan jalan raya tempatan yang berlubang atau tidak rata, video yang memaparkan rombongan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkonvoi melalui lebuh raya semasa perjalanan ke Sidang Kemuncak ASEAN menerima pujian ramai, terutamanya dari rakyat Amerika sendiri.
Video tersebut menunjukkan rombongan Trump melalui Lebuhraya Maju Expressway (MEX), yang menghubungkan KLIA terus ke pusat bandar Kuala Lumpur termasuk kawasan KLCC, lokasi lazim Sidang Kemuncak ASEAN diadakan.

Rakyat Amerika yang menonton video tersebut memberikan reaksi positif terhadap kebersihan dan kelicinan jalan raya Malaysia. Antara komen netizen luar negar.
“Jalan raya mereka lebih bersih daripada jalan raya kami di California.”
“Tengok itu, tiada gelandangan, tiada khemah setinggan, tiada kebakaran, tiada sampah yang bersepah, tiada grafiti…”
“Lebuh raya itu nampak jauh lebih bersih daripada sebahagian lebuh raya dan jalan utama di Charlotte. Tapi, semua orang masih menyangka Malaysia ini entah kenapa masih negara dunia ketiga, haha.”
Video ini menjadi bukti bahawa beberapa lebuh raya utama di Malaysia dapat menepati standard antarabangsa, sekali gus memecahkan persepsi negatif mengenai infrastruktur negara di mata warga asing.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
