/* */

Siti Nurhaliza Titip Pesanan Buat Fattah Amin & Amira Othman Di Majlis Resepsi – “Jadilah Imam Yang Baik Dan Isteri Yang Solehah..”

Hiburan

Siti Nurhaliza Titip Pesanan Buat Fattah Amin & Amira Othman Di Majlis Resepsi – “Jadilah Imam Yang Baik Dan Isteri Yang Solehah..”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mencuri tumpuan apabila menghadiahkan persembahan istimewa untuk pasangan pengantin baharu, Fattah Amin dan Amira Othman, pada majlis resepsi mereka malam tadi.

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 46, mendedahkan bahawa beliau pernah berjanji untuk membuat persembahan khas di hari bahagia Amira.

Advertisement

Sama-sama kita doakan pasangan Amira dan Fattah hingga ke syurga. Sebenarnya ini kejutan. Saya dan Cakra hadir untuk bahagiakan mereka.

Saya pernah berjanji dengan Amira walaupun sebelum ni saya tidak tahu pasangan dia. Saya cakap ‘Bila Amira naik pelamin, Mak Iti (panggilan Siti) akan menyanyi untuk Amira.

Lebih manis, Siti turut memenuhi impian pengantin perempuan dengan mempersembahkan lagu Bukan Cinta Biasa, yang menjadi permintaan khas Amira.

Dalam kesempatan sama, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu menitipkan nasihat dan doa buat pasangan mempelai.

Setiap manusia diberi perjalanan yang ada suka dan duka tapi semua itu rahsia Allah. Pesanan saya, Fattah jaga Amira baik-baik. Amira seorang wanita solehah.

Insya-Allah jadi isteri solehah dan Fattah jadi pemimpin dan imam yang baik. Saya tumpang bahagia dan gembira dengan kebahagiaan Amira bersama Fattah. Kita doakan sama-sama.

Majlis resepsi Fattah dan Amira berlangsung di Kuala Lumpur dengan kehadiran keluarga dan rakan selebriti, selepas pasangan itu selamat disatukan pada 14 September lalu dalam majlis tertutup di sebuah resort mewah di Sepang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin amira othman
2025-10-26 11:49:13

Kisah Fattah Amin & Amira Othman: Kronologi Cinta Pasangan Selebriti Jadi Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Hairstyles | Culture | Business | Politics | Beauty