/* */

“Sign Off Dulu..” – Fadhlina Sidek Syukur Anak Selesai Hadapi Ujian SPM

Kehidupan

“Sign Off Dulu..” – Fadhlina Sidek Syukur Anak Selesai Hadapi Ujian SPM

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek meluahkan rasa lega dan syukur apabila anak perempuannya, Maryam akhirnya selesai menjawab Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Detik itu dikongsi sendiri oleh beliau menerusi media sosial dengan penuh emosi.

Sebagai seorang ibu, Fadhlina mengakui perasaan bercampur baur apabila menunggu di luar dewan bersama ibu-ibu lain. Situasi itu cukup menyentuh hati, apatah lagi apabila peperiksaan penting seperti SPM akhirnya berakhir.

Advertisement

Fadhlina Sidek berkongsi bagaimana beliau dan ibu-ibu lain menanti dengan penuh debaran sehingga tamat kertas terakhir SPM. Suasana yang dilalui bukan sekadar tentang peperiksaan, tetapi juga perjuangan anak-anak mereka.

Beliau menyifatkan detik itu sebagai satu perjalanan emosi buat para ibu yang menyaksikan anak masing-masing melengkapkan satu fasa penting dalam hidup.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Selesai sudah kertas terakhir SPM hari ini. Selesai juga perjuangan Maryam untuk SPM batch 08 ini.

Menurut Fadhlina Sidek, suasana menjadi semakin hening apabila calon-calon SPM keluar dari dewan peperiksaan. Ramai yang terus bersujud syukur dan melaungkan takbir tanda lega.

Situasi itu membuatkan para penjaga tidak dapat menahan perasaan sebak melihat pengorbanan dan usaha anak-anak sepanjang tempoh peperiksaan.

Ketika selesai sahaja kertas-kertas dikutip oleh pengawas dan dewan dibuka untuk anak-anak keluar, kami mak-mak terus sebak.

Fadhlina Sidek turut mengakui dirinya berasa sangat bangga dengan anaknya Maryam. Beliau menyifatkan peperiksaan itu sebagai satu amanah yang telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah dan Rasul.

Dalam nada berseloroh, beliau sempat meluahkan rasa penat selepas tiga tahun berturut-turut berdepan SPM sebagai seorang ibu dan juga Menteri Pendidikan.

Mummy sign off dulu. Tiga tahun menjadi Menteri Pendidikan, tiga tahun jugalah menghadap anak-anak SPM. Pengsan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-23 12:07:55

Ke Mana Hilangnya Tengku Zubaidah? Ini Fakta Puteri Pattani Yang Pernah Bergelar Tengku Ampuan Mahkota Kelantan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Skincare | South Africa | Makeup | Education | Skincare