/* */

“Serangan Langau ‘Acah-Acah’ Je Tu” – Erma Fatima Balas Netizen Kritik Selebriti Hadir Majlis Kahwin Fattah & Amira

Hiburan

“Serangan Langau ‘Acah-Acah’ Je Tu” – Erma Fatima Balas Netizen Kritik Selebriti Hadir Majlis Kahwin Fattah & Amira

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima, tampil memberi respon terhadap segelintir netizen yang mempertikaikan kehadiran ramai selebriti di majlis persandingan pasangan popular, Fattah Amin dan Amira Othman.

Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya, Erma menjelaskan bahawa menghadiri majlis keramaian seperti kenduri atau perkahwinan merupakan perkara baik yang tidak seharusnya dijadikan bahan kecaman.

Advertisement

Erma Fatima

Setahu saya, menziarah orang meninggal, hadir kenduri merupakan sesuatu yang baik.

Kita saling mendoakan untuk kebaikan. Ni tak, selebriti yang hadir majlis nikah Fattah Amira ni macam rombongan Sumud Flotilla. Dewan kahwin tu macam kena kepung. Bersepah peluru macam sampah tembak rombongan yang pergi ni.

Walaupun menerima kritikan, pelakon drama Mak Cun itu menegaskan dirinya tidak terkesan dengan kecaman tersebut dan menganggapnya sekadar gurauan netizen yang mencari publisiti.

Setakat peluru sampah tu, kita orang sama juga macam rombongan Sumud Flotilla tempoh hari. Kami enjoy the moment, alah setakat serangan langau acah-acah je tu.

Untuk rekod, pada 14 September lalu, Fattah Amin dan Amira Othman telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan di Sepang, Selangor, yang turut disaksikan ramai rakan artis dan peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Amira othman dan fattah amin
2025-10-27 16:01:33

"Kami Tak Buat Jahat & Dengki Dengan Sesiapa.." - Amira Othman Hanya Ingin Hidup Bahagia Bersama Fattah Amin

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Culture | Local News | South Africa | Makeup | Business