/* */

Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti-Buli Digital Pertama di Malaysia

Teknologi

Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti-Buli Digital Pertama di Malaysia

Sekolah Agama Menengah Bestari mencatat sejarah dengan menjadi sekolah pertama di Malaysia yang memperkenalkan Kiosk Anti-Buli Digital yang direka untuk membanteras budaya buli di sekolah. Kiosk berteknologi tinggi ini adalah hasil inovasi StudentQR di bawah syarikat Jaxer Digital Sdn Bhd.

Kiosk ini membolehkan pelajar membuat laporan insiden buli melalui imbasan kod QR dan pengecaman wajah (face recognition).

Advertisement

Laporan yang dihantar diterima secara masa sebenar (real-time) oleh guru dan pentadbir sekolah untuk tindakan segera, manakala ibu bapa turut menerima notifikasi bagi memastikan isu buli ditangani secara telus dan menyeluruh.

Kiosk anti buli Sumber : SINAR BESTARI  

Menurut Syed Huzaifah Syed Omar, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif StudentQR, langkah ini menunjukkan bahawa teknologi boleh memainkan peranan besar dalam mewujudkan sekolah yang lebih selamat dan beretika.

Kiosk Anti-Buli Digital dilengkapi dengan modul kehadiran pelajar, kehadiran guru, dan sahsiah, serta analisis tingkah laku berasaskan AI untuk membantu guru mengesan corak buli lebih awal dan mengambil tindakan segera.

StudentQR turut menawarkan sistem ini secara percuma kepada semua sekolah kerajaan di Malaysia melalui geran Cradle Fund yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar dan guru di seluruh negara.

Kiosk anti buliSumber : SINAR BESTARI  

“Kami percaya apabila pelajar berasa dilindungi, mereka akan lebih berani bersuara dan fokus kepada pelajaran,” tambah Syed Huzaifah.

StudentQR yang terkenal dengan sistem pengurusan kehadiran dan sahsiah pelajar berasaskan QR telah digunakan oleh lebih 1.2 juta pelajar dalam dan luar negara termasuk di Jepun, Indonesia, dan Australia.

Sekolah yang berminat untuk menerapkan sistem ini boleh melayari www.studentqr.com atau menghubungi pasukan StudentQR untuk sesi demonstrasi dan pendaftaran awal. – SINAR BESTARI /SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-06 12:11:53

TAKZIAH: Laman Web Mudah Untuk Buat Poster Takziah, Dicipta Untuk Mudahkan Pengguna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: World News | Beauty | Sport | Motoring | Business