/* */

“Saya Nampak Urat Tangan Syaitan Macam Lava, Suara Seperti Petir…” – Kilafairy

Hiburan

“Saya Nampak Urat Tangan Syaitan Macam Lava, Suara Seperti Petir…” – Kilafairy

Pelakon jelita Kilafairy mendedahkan kisah sebenar di sebalik keputusannya berhijab sepenuhnya, yang bukan kerana desakan sesiapa, tetapi berpunca daripada sebuah mimpi tentang syurga dan neraka yang memberi kesan mendalam dan menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Advertisement

Selama bertahun-tahun doa saya cuma satu, ‘Ya Allah, saya nak jadi Muslimah yang baik. Tunjukkan saya jalan dan takutkan saya’.

Malam itu, saya tidur dan bermimpi nampak setiap perincian tentang syurga dan neraka. Selepas terjaga, saya terus pesan tudung dan ambil selendang milik mama.

Dalam keadaan masih terkejut, Kilafairy menghubungi sahabat karibnya, Neelofa, untuk berkongsi pengalaman luar biasa itu sebelum diperkenalkan kepada PU Riz, yang ketika itu belum lagi menjadi suami Neelofa.

Neelofa suruh saya jumpa ustaz untuk terjemahkan mimpi, jadi saya jumpa Haris (PU Riz).

Lebih mengejutkan, kata Kilafairy, setiap butiran dalam mimpi tersebut selari dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan hadis.

Saya nampak urat tangan syaitan macam lava, suaranya seperti petir, tinggi seperti gunung. Sebelah sini ada yang tolak orang ke gaung, sebelah sini tarik lidah dan potong. Saya terfikir macam mana boleh dapat mimpi sebegini.

Bahagian yang seronok, saya nampak seorang manusia gelap macam Bilal. Masa dia jejak ke neraka, tempat tu terus jadi sungai, macam dalam hadis fasal syurga. Saya cakap nak selamatkan kawan-kawan, tapi dia kata cuma boleh selamatkan seorang saja.

Menurut Kilafairy, PU Riz menyatakan mimpi itu adalah rahmat dan petanda Allah sedang membimbingnya untuk berubah.

Haris cakap saya beruntung sebab saya akan berakhir di syurga. Ada harapan.

Saya pernah berperang dengan perasaan untuk buka tudung semula. Tapi bila ingat mimpi tu, saya takut. Sekarang baru saya faham betapa sukarnya nak kekal istiqamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-01 20:21:30

"Rasa Tak Puas Hati? Boleh Bawa Ke Mahkamah" - Bekas Suami Nora Danish

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Technology | Hairstyles | Fashion | Makeup | Hairstyles