/* */

“Saya Hormat Dia Sebagai Ibu Kepada Anak-Anak Saya” – Nubhan Ahamad

Hiburan

“Saya Hormat Dia Sebagai Ibu Kepada Anak-Anak Saya” – Nubhan Ahamad

Penyanyi dan usahawan terkenal, Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan, memilih untuk tidak lagi mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya bersama isteri, Dr Afifah Hidayah, secara terbuka.

Ketika ditemui OhBulan! pada minggu kedua program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, Nubhan menegaskan bahawa tiada sebarang kebaikan yang akan terhasil sekiranya isu rumah tangganya terus menjadi bualan umum.

Advertisement

Saya rasa saya tak nak lagi bercakap mengenai perkara ini dan rasa yang hal ini patut dihentikan sebab ia tak akan membawa kepada kebaikan. Cukuplah sampai di sini sahaja.

Menurut penyanyi lagu Ada Untukmu itu, fokus utamanya kini adalah terhadap anak-anak serta komitmennya dalam pertandingan GV12.

Dalam masa sama, Nubhan turut berharap agar orang ramai menghentikan segala spekulasi dan kecaman terhadap isterinya.

Saya rasa sekarang ini makin rancak dan banyak spekulasi yang keluar dan bertebaran. Ada yang mengutuk dan bercakap yang bukan-bukan. Saya hormat dia sebagai ibu kepada anak-anak saya.

Jadi, saya minta kalian untuk hentikan segala kecaman dan kata-kata yang tidak baik terhadap isteri saya sebab dia masih lagi ibu kepada anak-anak saya.

Tambah Nubhan, dia juga enggan menuding jari kepada mana-mana pihak dan sebaliknya meletakkan segala kesalahan kepada dirinya sendiri.

‘Orang Ketiga’ Pinned Gambar Anak-Anak, Isteri Nubhan Luah Rasa Hati – “Tak Perlu Beria Sangat Wahai Orang Luar”

Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu terhadap Afifah pada tahun 2017 ketika isterinya sedang hamil enam bulan anak pertama. Pasangan itu kemudian merujuk semula namun lafaz talak dan rujuk tersebut tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah.

Baru-baru ini, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubha
2025-11-09 15:54:31

'Orang Ketiga' Pinned Gambar Anak-Anak, Isteri Nubhan Luah Rasa Hati - "Tak Perlu Beria Sangat Wahai Orang Luar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Lifestyle | Travel | Technology | Opinion | Health