Selebriti yang juga ibu kepada 2 cahaya mata, Ain Edruce tidak perlu diperkenalkan lagi. Personalitinya yang ceria dan gila-gila menjadikan Ain selebriti yang diminati ramai peminat.
Tapi, mungkin tak ramai tahu di sebalik personalitinya yang sentiasa ‘masuk air’ itu rupanya ada kepayahan dihadapi Ain selepas melahirkan anak keduanya, Shaziman.
Naik 20kg ketika hamil anak kedua

“Berat terakhir Ain masa mengandung Syaziman 75kg, naik daripada 58kg, jadi 20kg eh naik berat masa tu.
“Anak Ain 7 bulan Ain masih menyusu tau, jadi untuk kita nak diet sepenuhnya memang tak boleh. Bila kita diet akan ganggu susu kita. Semua benda macam tu jadi banyak gila benda nak kena fikir. Ain mula mula lepas dah bersalin,” cerita Ain kepada KJ.
Tambahnya lagi, badan kita sebenarnya ambil masa untuk naik berat badan, sama juga untuk turun berat kena konsisten.
Selain itu, satu lagi masalah yang dihadapinya untuk menurunkan berat adalah masalah terpaksa tahan ‘craving’ atau keinginan yang kuat makan.
Cabaran tak tahan craving
“Sebenarnya Ain tak tahan craving. Ain enjoy je makan,” cerita Ain bagaimana berat badannya senang naik.
Menurut Ain dia tidak boleh diet 100% dan atas sebab itu dia memilih untuk ke London Weight Management secara disiplin dan konsisten.
“Ain Caesar kan jadi Ain rasa sangatlah bergelut untuk Ain nak turunkan badan, jadi Ain rasa sudah tiba masanya untuk pergi London Weight Management.
“Kita nak cuba kita nak tengok betul ke tak jadi ke tidak dan alhamdulillah untuk Ain ia memang sangat berkesan,” tambahnya lagi.
Jom tonton pengalaman penuh Ain dengan London Weight Management, rawatan kegemaran dan katanya ada promo khas yang tidak patut dilepaskan.
Kepada wanita yang teringin mencuba rawatan-rawatan pengurusan berat badan secara percuma, jom cuba DI SINI.

