Pelakon popular Fasha Sandha mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu video di TikTok yang menunjukkan dirinya meniru gaya tiga selebriti terkenal tanah air Uqasha Senrose dan Datuk Seri Siti Nurhaliza
Dalam video tersebut, Fasha dilihat beraksi manja dan penuh gaya, menyerlahkan sisi feminin dan keanggunannya yang sering dipuji peminat.
Lebih menarik, kapsyen video berkenaan turut mencuit hati ramai peminat di luar sana.
Saja ja nak feeling-feeling cantik macam Uqasha, TokTi and…
Video berdurasi pendek itu segera mendapat ribuan tanda suka dan komen positif, dengan ramai peminat memuji keanggunan serta aura Fasha yang dikatakan tidak kalah dengan selebriti yang ditirunya.
Tak payah feeling pun, memang dah cantik macam tiga-tiga tu!
Fasha ni makin glowing, aura dia lain macam!
Ramai juga menyifatkan Fasha sebagai ikon kecantikan yang versatil, kerana mampu membawa pelbagai gaya dengan keanggunan tersendiri.
Video tersebut kini terus meraih perhatian di TikTok dengan ramai warganet menyatakan mereka terhibur dan kagum dengan gaya bersahaja Fasha yang kekal menawan walau tanpa usaha berlebihan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
