Panas, lembap, berpeluh dan berdebu, inilah cabaran sebenar bila kita tinggal di Malaysia. Tak hairanlah ramai yang rasa susah nak kekalkan kulit sihat bila setiap hari berdepan cuaca tropika yang tak menentu.
Tapi jangan risau, rupanya rahsia kulit sihat walau dalam iklim Malaysia dah pun terbongkar! Menariknya, lima produk ini bukan saja popular di kalangan pengguna, tapi turut diiktiraf oleh pakar kecantikan dan memenangi anugerah antarabangsa.
Kalau selama ni korang tercari-cari sunscreen yang tak melekit atau pencuci muka yang betul-betul bersih tanpa rasa kering, senarai ini wajib masuk dalam rutin korang.
1. SUISSE PROGRAMME – SPF50 PA++++ UV Protective Veil
Pelindung matahari mewah ini memang jadi kegemaran ramai sebab fungsinya yang dua dalam satu (2 in 1) perlindungan UV tinggi dan primer yang melicinkan kulit wajah.
Dinobatkan sebagai ‘The Best All-Around Sunscreen’ oleh Jessica My-Star Rated Beauty Award 2025, ia membantu melembutkan tekstur kulit dan menyamarkan pori, jadi kulit nampak lebih halus dan siap sedia untuk makeup.
Sesuai untuk korang yang nak perlindungan premium tapi masih ringan dan selesa dipakai setiap hari.
Dapatkan SUISSE PROGRAMME – SPF50 PA++++ UV Protective Veil DI SINI.
2. ELEANOR – Ultra Light Aqua Sun Essence SPF50+ PA++++
Kalau korang tak suka rasa berat atau berminyak pada wajah lepas pakai sunscreen, Eleanor ni memang game changer. Dengan tekstur senipis essence, ia mudah meresap tanpa kesan melekit, perfect untuk cuaca panas dan lembap macam Malaysia.
Paling menarik, Eleanor dah menang dua anugerah besar iaitu Cosmopolitan Best of the Best Beauty Awards 2024 dan Jessica My-Star Rated Beauty Award 2025, membuktikan kualitinya diiktiraf pakar.
Lebih meyakinkan, produk ini ada Cosmo Cert yang sah sehingga 2025, jadi korang tak perlu risau tentang keselamatan atau ketulenan formulanya.
Dapatkan ELEANOR – Ultra Light Aqua Sun Essence SPF50+ PA++++ DI SINI.
3. DR.G – Green Mild Up Sun
Satu botol terjual setiap 30 saat!
Ini dah cukup untuk tunjukkan betapa ramainya pengguna yang percayakan Dr.G! Diformulasi khas untuk kulit sensitif dan berjerawat, sunscreen fizikal ini memberi perlindungan tinggi tanpa rasa pedih atau berat di kulit.
Ringan, lembut dan bebas iritasi, sesuai untuk mereka yang nak kekal dilindungi sambil pastikan kulit tenang sepanjang hari.
Dapatkan DR.G – Green Mild Up Sun DI SINI.
4. BANILA CO – Clean It Zero Cleansing Balm
Kalau korang peminat makeup, ini antara produk must-have dalam rutin harian. Dengan lebih 100 juta unit terjual di seluruh dunia, Banila Co Clean It Zero memang dah jadi ikon pencuci muka moden.
Teksturnya yang lembut berubah jadi minyak bila disapu pada wajah, membantu mencairkan semua solekan, sunscreen dan kotoran bandar dengan pantas. Yang best, kulit tetap rasa terasa bersih dan lembap je.
Dapatkan BANILA CO – Clean It Zero Cleansing Balm DI SINI.
5. DR.G – Brightening Peeling Gel
Untuk kulit kusam atau pori tersumbat, ini rahsia yang ramai tak tahu. Produk ini dah jual lebih 9.2 juta unit dan kekal sebagai ‘Peeling Gel No.1’ di pasaran.
Gunakan dua kali seminggu, formula selulosa uniknya menanggalkan sel kulit mati dan kotoran secara lembut, menjadikan kulit lebih cerah, licin dan segar.
Tak pedih, tak kasar, cuma hasil yang nampak ketara selepas beberapa kali penggunaan.
Dapatkan DR.G – Brightening Peeling Gel DI SINI.
Langkah Akhir Untuk Kulit Lebih Sihat & Berseri
Kulit yang sihat berseri bukan sebab nasib baik atau faktor keturunan semata-mata, tapi sebab pilihan produk yang tepat.
Lima produk yang kami kongsikan ini dah terbukti diyakini pakar, disukai pengguna dan sesuai untuk iklim Malaysia.
Kalau korang nak rasa sendiri perbezaannya, semua produk ni boleh didapati di Sasa! Untuk lebih banyak tip kecantikan dan promosi menarik, layari https://www.sasa.com.my dan ikuti Sasa di Facebook.





