/* */

PU Rahmat Minta Netizen Kecam Peserta Sumud Pakai Iphone, Netizen Minta Jangan Keruhkan Suasana

Kehidupan

PU Rahmat Minta Netizen Kecam Peserta Sumud Pakai Iphone, Netizen Minta Jangan Keruhkan Suasana

Pendakwah bebas, PU Rahmat menyindir segelintir netizen dengan meminta mereka mengkritiknya susulan penggunaan produk yang didakwa berkaitan dengan boikot, sama seperti kecaman yang diterima rakan seperjuangannya, Hazwani Helmi, baru-baru ini.

PU Rahmat yang juga merupakan salah seorang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dilihat berseloroh mengenai isu berkenaan menerusi satu hantaran di platform Threads, semalam.

Advertisement

“Android Pun Penyumbang Terbesar Jugak” – Dikecam Pakai iPhone Ketika ABPBH37, Heliza Helmi Buka Mulut

“Guys jangan lupa kecam PU Rahmat peserta Sumud tu. Dia pakai iPhone, kita desak dia pakai Public phone,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet dan mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk segelintir individu yang menasihati PU Rahmat agar tidak mengeruhkan lagi keadaan susulan kontroversi yang sedang melibatkan Hazwani.

PU Rahmat

Terdahulu, adik kepada penyanyi dan pelakon Heliza Helmi itu menerima kecaman ramai selepas dilihat menggunakan telefon pintar iPhone ketika merakam video pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37).

Tindakan Hazwani itu dipersoalkan oleh sebahagian warganet memandangkan beliau dikenali sebagai antara individu yang lantang menyuarakan isu kemanusiaan, selain jenama telefon berkenaan didakwa mempunyai kaitan dengan sumbangan dana kepada pihak Israel.

Bagaimanapun, Hazwani tampil menjelaskan bahawa telefon pintar tersebut digunakan bagi menghargai pemberian seseorang, dan bukan dibeli menggunakan hasil titik peluhnya sendiri.

Isu berkenaan terus menjadi perbincangan hangat di media sosial dengan pelbagai pandangan dikongsi oleh pengguna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hawani helmi
2025-12-15 14:57:10

"Android Pun Penyumbang Terbesar Jugak" - Dikecam Pakai iPhone Ketika ABPBH37, Heliza Helmi Buka Mulut

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Opinion | Hairstyles | Business | Skincare | Politics