/* */

Permohonan Kerja Ditolak, Individu Didakwa Buat Gangguan Melampau Terhadap Syarikat Milik Christy Ng – “Sejak Tahun 2024 Dia..”

Kehidupan

Permohonan Kerja Ditolak, Individu Didakwa Buat Gangguan Melampau Terhadap Syarikat Milik Christy Ng – “Sejak Tahun 2024 Dia..”

Pereka kasut terkenal, Christy Ng, baru-baru ini mendedahkan bahawa syarikatnya telah menjadi sasaran gangguan berterusan melalui e-mel dan panggilan telefon peribadi selepas seorang individu tidak berpuas hati dengan permohonan kerja yang ditolak.

Menurut Christy, gangguan itu bermula sejak 12 Oktober 2024, di mana individu tersebut tidak berhenti menghantar e-mel spam kepada syarikatnya serta menghubungi nombor telefon peribadinya.

Advertisement

christy ng

“Mengenai isu pengambilan pekerja, kami menerima ribuan permohonan setiap bulan. Ia adalah cabaran bagi pasukan saya untuk membalas semua e-mel ini. Kesabaran anda amat dihargai,” katanya di media sosialnya.

Namun, keadaan menjadi lebih teruk apabila gangguan tersebut mencapai tahap yang hampir kepada pembuli.

chisrty ng

“Dia telah mengecam kami sejak 12 Oktober 2024 dan terus menghantar e-mel spam. Dia juga telah mengganggu nombor telefon peribadi saya. Saya terpaksa menyekatnya kerana spam tersebut semakin menghampiri gangguan yang lebih serius,” tambah Christy.

Christy menjelaskan bahawa tindakan tegas ini diambil selepas gangguan yang diterima menjadi semakin teruk, menyebabkan dia merasa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Ini bukan kali pertama Christy Ng menghadapi masalah berkaitan pengambilan pekerja, kerana syarikatnya sering menerima pelbagai permohonan setiap bulan. Namun, gangguan peribadi yang berlaku telah mendorongnya untuk bertindak lebih lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

muka gangster
2025-11-07 13:43:25

7 Tahun Peluk Islam, 'Abang Gangster' Kongsi Penghijrahan Ibu Pula - "Saya Kuatkan Diri Dan Ajak Mak.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: World News | Entertainment | Lifestyle | Sport | Hairstyles