Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, tampil menitipkan kata-kata semangat buat pelakon Uqasha Senrose yang kini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama suaminya, aktor Kamal Adli.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Hatta menyuarakan keprihatinannya terhadap keadaan yang dilalui Uqasha dan menegaskan bahawa aktres itu tidak keseorangan dalam menghadapi fasa sukar tersebut.

Semoga Allah baluti Uqasha dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Saya sayang Uqasha, keluarga Uqasha juga sayang Uqasha. Ramai yang sayang awak.
Dalam perkongsian sama, Hatta turut mengingatkan bahawa hanya Uqasha sendiri yang benar-benar memahami apa yang telah dilaluinya sepanjang perkahwinan bersama Kamal.
Yang mengalami lebih fahami, yang mengetahui hanyalah Yang Maha Esa. Kami semua hanya mampu doakan kebaikan, rahmat dan kasih sayang.
Sokongan yang dizahirkan Hatta itu menerima perhatian warganet, dengan ramai menyifatkan kata-kata tersebut sebagai penuh empati dan memberi kekuatan kepada Uqasha dalam menghadapi dugaan.
Terdahulu, prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis gagal mencapai kata sepakat apabila Kamal enggan melafazkan cerai.
Susulan itu, mahkamah menetapkan 12 Januari 2026 sebagai tarikh baharu bagi kedua-dua pihak menjalani proses hakam keluarga.
Isu rumah tangga pasangan selebriti berkenaan terus menjadi perhatian umum, dengan pelbagai pihak tampil memberikan sokongan dan doa buat Uqasha.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

