Pempengaruh media sosial, Hazren Rich, tampil memohon maaf selepas tindakannya merakam seorang wanita tidak dikenali ketika melakukan siaran langsung di TikTok mencetuskan kecaman ramai baru-baru ini.
Hazren menegaskan bahawa tiada niat untuk memalukan sesiapa, dan kesilapan itu berlaku akibat kelalaian sendiri.
Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia yang melihat video saya semasa berada di restoran itu. Saya tiada niat lain, wanita itu datang semasa saya tengah live.
Tambahnya, dia menerima segala teguran dan nasihat netizen atas kesalahan tersebut:
Saya terikut terbaca komen-komen netizen yang minta macam-macam. Jadi ini semua silap saya. Kita manusia tak pernah tak buat silap. Jadi ini adalah kesilapan pertama kali saya.
Selepas ini, siapa nak komen, nak cakap saya bodoh ke apa semua, tak apalah. Terpulang pada anda. Saya pun dah minta maaf kepada semua.
Bagaimanapun, Hazren memadam video permohonan maafnya beberapa jam selepas dimuat naik di TikTok.
Tindakan Hazren merakam wanita tersebut semasa menikmati makanan di restoran sebelum ini mencetuskan kemarahan netizen, yang menganggap perbuatannya tidak sopan dan melanggar batas privasi individu lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
