/* */

“Pelik Siapa Yang Ada Idea Buat Macam Ni” – Safee Sali Sokong Teguran Johan Ghazali Terhadap Penganjur WWC

Kehidupan

“Pelik Siapa Yang Ada Idea Buat Macam Ni” – Safee Sali Sokong Teguran Johan Ghazali Terhadap Penganjur WWC

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, menyatakan sokongan terhadap tindakan atlet muay thai muda negara, Johan “Jojo” Ghazali, yang lantang menegur penganjur acara sukan tempur Warzone World Championship (WWC) baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Safee berkongsi semula video aksi gimik pergaduhan melibatkan dua peserta bawah umur, Al Fateh (Malaysia) dan Fadilah (Indonesia), ketika sesi face-off kejohanan tersebut. Dalam rakaman itu, kedua-dua peninju cilik saling menolak dan hampir bergaduh di atas pentas.

Advertisement

Safee mengecam pendekatan tersebut, menegaskan ia tidak wajar kerana melibatkan pelajar sekolah yang sepatutnya diajar nilai adab dan hormat, bukannya budaya kekerasan.

Pelik siapa yang ada idea buat macam ini. Budak sekolah macam mereka kena ajar adab dan hormat.

Ini tak, ajar acah-acah bergaduh, lepas itu harap budak-budak tak ikut. Patutlah Jojo (Johan Ghazali) ‘sound’ organizer hari itu. Saya sokong @johanghazali.

Isu WWC semakin hangat apabila Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan kejohanan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut beliau, sebarang penganjuran sukan dengan penyertaan antarabangsa perlu kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

Perkembangan ini mengukuhkan gesaan orang ramai agar penganjur mengutamakan keselamatan, etika dan pembangunan akhlak atlet muda, selain mematuhi prosedur kelulusan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

frugal living
2025-11-04 11:07:15

Tinggal Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Pasangan Doktor Ini Amal 'Frugal Minimalist Living' - "Saiz Tu Dah Cukup Buat Kami"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Sport | Business | Education | Technology | Makeup