Isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, menegur tindakan seorang individu yang didakwa menyemat (pinned) gambar anak-anaknya di media sosial tanpa kebenaran.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr. Afifah memuat naik tangkap layar akaun milik pihak terbabit, sambil meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak wajar dan melampaui batas.

“Siapa benarkan pin muka anak-anak saya? Anak dia ke anak saya? Terima kasih orang screenshot kan.
Kita dah block dia. Penat dengan anak orang ketiga ini. Gembira di atas penderitaan orang lain,” tulisnya.
Dr. Afifah turut menegur tindakan pihak luar yang seolah-olah cuba merebut kasih sayang anak-anaknya, sedangkan mereka bukan ibu kandung kepada tiga cahaya matanya.

“Boleh kan masing-masing sayang anak sendiri? Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri,” tegasnya.
Tambahnya lagi, dia menegaskan bahawa sebagai ibu kandung, kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak boleh diganti dan dia berhak menjaga serta membesarkan mereka dengan penuh tanggungjawab.
Tak perlu berebut sangat anak saya. Kita ini bukan ibu tumpang tau. Itu anak-anak saya.
Tak perlu sayang beria sangat wahai orang luar,” ujarnya lagi.
Perkongsian Dr. Afifah itu pantas menarik perhatian ramai pengguna Threads yang memberikan sokongan dan memahami perasaannya sebagai seorang ibu yang hanya mahu melindungi anak-anak daripada gangguan pihak luar, terutama di tengah kemelut rumah tangganya yang kini menjadi perhatian umum.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
