Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil menjelaskan segala salah faham mengenai insiden pembantu rumahnya yang didakwa mencium anak lelakinya ketika berada di hospital baru-baru ini.
Maklum Dr Afifah, hantaran kontroversi itu hanyalah luahan perasaan spontan dan perasaan bimbangnya terhadap kesihatan anaknya yang pada ketika itu sedang mengalami jangkitan paru-paru.
Saya cuma tidak berpuas hati, sebagai seorang ibu dan doktor saya rasa perkara ini penting untuk masyarakat tahu bila berada di hospital tolong jaga adab.
Perkongsian saya tempoh hari adalah untuk menyatakan perasaan saya yang melihat situasi cium berlaku.
Menurutnya lagi, sebagai ibu dia berhak menegur sesiapa saya yang meletakkan situasi kesihatan anaknya berada dalam risiko tinggi.
Saya ada hubungan bibik dengan anak saya rapat atau tidak, itu tetap anak saya. Tak timbul isu disebabkan mereka rapat, bibik ada kelebihan untuk buat macam itu dengan anak saya. Walaupun Nubhan datang hospital tak pakai pelitup muka, kalau saya rasa ia akann membahayakan kesihatan anak, saya akan tegur.

Tapi bibik dah tentu tiada hubungan dengan anak saya, tak tahu apa sejarah kesihatan lampau di Indonesia. Jadi saya rasa tak layaklah dia untuk berada dekat dengan anak saya dan mencium.
Dalam pada itu, Afifah mempertimbangkan untuk membuat laporan polis memandangkan dia juga sibuk menguruskan anak keluar hospital.
Kalau dia menafikan pun, saya tak boleh nak cakap apa kerana tiada apa boleh dibuktikan. Dia pun tak boleh nak cakap ya atau tak sebabnya kalau saya cakap ya, dia pula kata tidak, dua-dua tidak menunjukkan sebarang bukti.
Sekadar info, Dr Afifah dan Nubhan sah bercerai dengan talak dua pada 2 Disember lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

