/* */

“Ni Tak Lawak Tapi Biadab” – Netizen Kritik Nabil Ahmad Bergurau Dengan Sherry Alhadad Isu ‘Tak Ada Rumah Tangga’

Hiburan

“Ni Tak Lawak Tapi Biadab” – Netizen Kritik Nabil Ahmad Bergurau Dengan Sherry Alhadad Isu ‘Tak Ada Rumah Tangga’

Pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad, sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas menerima kritikan susulan gurauan terhadap rakan pengacaranya, Sherry Alhadad, ketika mengendalikan program nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada Ahad lalu.

Menerusi potongan klip yang tular di media sosial, Nabil dilihat berseloroh dengan mengatakan bahawa Sherry “tiada rumah tangga”, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada penonton.

Advertisement

Nabil Ahmad Sherry al hadad

Seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang terhadap gurauan tersebut dan menyifatkan tindakan Nabil sebagai melampaui batas serta tidak sensitif.

Buat lawak? Ini tak lawak, biadab. Nabil ni tak belajar dari kesilapan lepas? Tetap juga bermulut lepas.

Menurut individu berkenaan, jenaka sebegitu tidak sesuai dilakukan dalam rancangan yang ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk keluarga dan kanak-kanak.

Dekat rancangan yang ditonton keluarga buat lawak macam itu, tak ada common sense.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai pandangan ada yang bersetuju bahawa Nabil sepatutnya lebih berhati-hati ketika berjenaka, terutama apabila melibatkan soal peribadi seseorang.

Komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Malique Ibrahim
2025-11-13 09:13:43

Malique Too Phat Kongsi Foto Hospital Tanjung Rambutan, Peminat Doakan Yang Terbaik - "Mungkin Melawat Yassin.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Sport | World News | Makeup | Business | Politics