/* */

Netizen Dakwa ‘Hubungan’ Bella Astillah & Syed Saddiq Diganggu Seorang Wanita Rapat – “Tolong Segera Halalkan Dia..”

Trending

Netizen Dakwa ‘Hubungan’ Bella Astillah & Syed Saddiq Diganggu Seorang Wanita Rapat – “Tolong Segera Halalkan Dia..”

Hubungan antara penyanyi Bella Astillah dan ahli politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas tular spekulasi mendakwa hubungan mereka kini diganggu oleh seorang wanita rapat dengan kedua-duanya.

Menurut perbincangan di platform Threads, netizen mendakwa ibu kepada Ahli Parlimen Muar, iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, dikatakan lebih menyukai, seorang kakitangan wanita di jenama yang diwakili Bella dan Syed Saddiq.

Advertisement

Spekulasi semakin hangat apabila netizen mendapati Sharifah Mahani kerap memuat naik foto bersama wanita itu di media sosial, namun tiada satu pun gambar bersama Bella, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31.

Saya dah stalk Instagram mama Syed Saddiq, gambar Bella tiada (tapi) gambar dengan staf itu ada. Done kepoci (menyibuk).

Aku baru perasan Instagram mama YB memang penuh muka perempuan itu dan Bella tak update langsung fasal YB punya (Ironman).

Ketiadaan interaksi antara Bella dan ibu kepada Syed Saddiq itu menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan netizen, termasuk dakwaan kononnya Bella bukan calon pilihan keluarga ahli politik tersebut.

Carian di media sosial turut mendapati bahawa Bella, Syed Saddiq dan wanita itu sememangnya rapat dan sering dilihat bersama, termasuk bercuti ke luar negara.

Situasi itu bagaimanapun mencetuskan kebimbangan peminat yang bimbang penyanyi itu akan dikecewakan sekali lagi jika gosip berkenaan benar.

Harap Bella tak kena khianat lagi. Orang baik selalu kena khianat. Sumpah tak sanggup tengok dia sedih lagi.

Ruangan komen Instagram wanita yang didakwa ‘pengacau hubungan’ turut dibanjiri pelbagai reaksi netizen ada yang menasihati agar tidak mencampuri urusan peribadi, dan ada pula yang menyebelahi Bella.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-03 14:05:24

"Tolong Jangan Serang Prince Syed, Saya Yang Nak Buat Sendiri Pembedahan Bariatrik Tu" - Fatin Syazwani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: South Africa | Lifestyle | Technology | Health | Hairstyles