Aktiviti hiking semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat, khususnya mereka yang ingin memulakan gaya hidup sihat dan dekat dengan alam semula jadi.
Bagi yang masih baru, pemilihan laluan yang sesuai sangat penting bagi mengelakkan kecederaan dan memastikan pengalaman yang menyeronokkan. Berikut adalah antara lokasi hiking mesra beginner di Malaysia berdasarkan perkongsian komuniti.

Malaysia Tengah (Kuala Lumpur dan Selangor)
Bukit Kiara
Bukit Kiara merupakan antara lokasi paling popular dalam kalangan pendaki baharu. Laluan di sini kebanyakannya mudah, berturap dan sesuai untuk semua tahap kecergasan. Kawasan ini juga sering dikunjungi untuk aktiviti berjalan santai dan joging.
Taman Tugu Park

Taman Tugu menawarkan trek yang jelas dan tersusun, menjadikannya pilihan selamat untuk pemula. Kehadiran pengunjung yang ramai turut memberi rasa selamat, selain papan tanda yang mudah difahami sepanjang laluan.
Bukit Gasing (Petaling Jaya)
Bukit Gasing mempunyai pelbagai laluan daripada tahap mudah hingga sederhana. Pendaki boleh memilih trek mengikut kemampuan sendiri, menjadikannya lokasi sesuai untuk membina stamina secara berperingkat.
KL East Park
Sumber : (c) hafiz ismail www.imagesbyhafiz.com KL East Park dikenali sebagai kawasan hiking yang mesra beginner dengan sistem kawalan pengunjung. Trek yang terjaga dan persekitaran yang tersusun menjadikannya pilihan sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman hiking tanpa kesesakan.
Taman Botani Shah Alam
Selain sebagai kawasan rekreasi, Taman Botani Shah Alam menawarkan pelbagai laluan hiking. Terdapat trek sesuai untuk pemula serta laluan yang lebih mencabar bagi mereka yang ingin meningkatkan tahap kecergasan.
Malaysia Selatan (Johor)
Gunung Lambak
Gunung Lambak sering menjadi pilihan pendaki baru kerana tahap kesukarannya yang sederhana dan laluan yang jelas. Ramai pendaki pertama kali berjaya menawan puncak tanpa kesukaran besar.
Gunung Pulai

Gunung Pulai sesuai untuk aktiviti trekking ringan, terutamanya bagi mereka yang ingin ditemani pemandu. Ini membantu memastikan keselamatan dan memberi pengalaman yang lebih teratur kepada pendaki baharu.
Malaysia Timur (Pahang)
Taman Negara
Taman Negara menawarkan pengalaman hiking dalam hutan hujan tropika. Terdapat laluan pendek yang sesuai untuk beginner, namun bagi trek lebih panjang, penggunaan khidmat pemandu adalah disarankan.
Tip Penting Untuk Pendaki ‘Newbie’
Pendaki disarankan memakai kasut hiking yang ringan, kalis air dan mempunyai cengkaman yang baik. Selain itu, bekalan air yang mencukupi, snek, ubat nyamuk dan lampu suluh adalah keperluan asas yang tidak boleh diabaikan.
Masa terbaik untuk memulakan hiking adalah pada awal pagi bagi mengelakkan cuaca panas dan keletihan melampau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

