/* */

Nampak Besar, Tapi Bantuan Dari Malaysia Tidak ‘Seberapa’ – Menteri Dalam Negeri Indonesia

Dunia

Nampak Besar, Tapi Bantuan Dari Malaysia Tidak ‘Seberapa’ – Menteri Dalam Negeri Indonesia

Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang mendakwa bantuan dari Malaysia sampai lebih pantas berbanding bantuan kerajaan Indonesia sendiri.

Menurut beliau, bantuan yang diperkatakan secara meluas itu bukan disumbangkan oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya datang daripada pihak swasta atas dasar simpati dan hubungan tertentu, lapor Sinar Harian.

Advertisement

menteri indonesia

“Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” katanya dalam satu sesi audio siar SLM – Suara Lokal Mengglobal baru-baru ini.

Tito menjelaskan bahawa bantuan berkenaan kebanyakannya melibatkan bekalan ubat-ubatan dengan nilai dianggarkan sekitar RM300,000.

Nilai tersebut disifatkan kecil jika dibandingkan dengan skala bencana serta keupayaan kerajaan Indonesia yang telah menggerakkan peruntukan bernilai berbilion rupiah, selain mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis serta agensi berkaitan sejak hari pertama kejadian.

“Isunya bukan pada bantuan itu sendiri, tetapi pada gambaran yang terbentuk,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa salah faham sebegini berpotensi menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara dalam menguruskan bencana.

Menurutnya lagi, sumbangan berskala kecil tidak seharusnya mewujudkan persepsi seolah-olah Indonesia bergantung kepada bantuan negara lain.

“Kita memiliki keupayaan besar dan telah bertindak secara menyeluruh. Bantuan luar yang terhad tidak wajar disalah tafsir,” tegasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-14 20:38:22

Remaja 'Viral' Kehilangan 6 Ahli Keluarga Kini Bergelar Suami Orang Di Usia 21 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Health | Skincare | South Africa | Politics | Lifestyle