Pegawai perubatan dan personaliti media sosial, Dr Malar, memilih untuk tidak lagi mengungkit isu terdahulu yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan merendahkan golongan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi perkongsian di platform Threads, Dr Malar memaklumkan bahawa beliau telah menutup episod berkenaan dan kini mahu memberi tumpuan kepada kehidupan yang lebih tenang bersama keluarga.

Menurutnya, bagi melepaskan tekanan serta melupakan perkara tidak menyenangkan yang berlaku sebelum ini, beliau bersama suami dan anak-anak mengambil keputusan untuk bercuti sambil meluangkan masa berkualiti bersama.
Let’s move on. Percutian yang dah dirancang lama. Kebetulan masa yang memang kami perlukan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Bagaimanapun, Dr Malar mengakui kontroversi yang tercetus sebelum ini turut memberi kesan emosi kepada dua orang anaknya.
Bila saya menangis buat video sebelum ini, anak-anak pun terkesan sama terutama ayah mereka yang tiada bersama pada waktu tersebut. Doakan ketenangan buat saya.
Terdahulu, Dr Malar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pempengaruh media sosial, Faiz Soul, susulan kenyataannya yang didakwa merendahkan individu yang hanya memiliki kelulusan SPM.
Beliau mengakui penggunaan perkataan yang kurang tepat telah mencetuskan salah faham, sekali gus mengundang kecaman segelintir pihak.
Dikecam Kerana Kritik Faiz Soul, Dr Malar Menangis Mohon Maaf – “Saya Kekal Dengan Prinsip…”
Sebelum ini, Dr Malar memuat naik kenyataan bagi mengulas isu melibatkan Faiz Soul yang diundang untuk merasmikan sebuah majlis akademik di sebuah sekolah, yang kemudiannya mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Isu berkenaan kini dianggap telah ditutup oleh Dr Malar yang memilih untuk bergerak ke hadapan dan memberi keutamaan kepada kesejahteraan diri serta keluarganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

