/* */

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Mayat Wanita Dalam Beg Di Pedas

Berita

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Mayat Wanita Dalam Beg Di Pedas

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita yang ditemui di dalam beg dan ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Muhammad Idzam Jaafar, berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang di Melaka sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

Advertisement

wanita ditemui dalam beg pakaian

“Lelaki itu kini direman selama seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki terbabit berkemungkinan mengenali mangsa, namun setakat ini polis belum dapat memastikan sama ada suspek terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan tersebut.

Tambahnya, lelaki berkenaan mempunyai enam rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan berkaitan dadah, dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes itu.

wanita

Muhammad Idzam berkata, proses bedah siasat terhadap mayat mangsa sedang dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca kematian.

Terdahulu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, dilaporkan berkata mayat wanita yang ditemui dalam beg yang ditanam di belakang rumah tidak berpenghuni itu dipercayai milik seorang wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Disember lalu.

Beliau berkata laporan kehilangan wanita berkenaan diterima oleh Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin lepas sebelum pihak polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan mempunyai unsur perlakuan jenayah.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan dan polis tidak menolak kemungkinan akan membuat tangkapan lanjut bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fahmi Reza
2025-12-17 12:17:24

Didakwa Kritik & Hina TMJ, Fahmi Reza Terima Lebih 50 Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: South Africa | Politics | Fashion | Hairstyles | Technology