Pada minggu lalu, tular kisah seorang pengumpul tempatan yang ingin menjual koleksi kad Pokémon miliknya yang luar biasa, dengan nilai mencecah jutaan ringgit.
Koleksi kad tersebut dianggap sangat berharga kerana mengandungi bundle dan kad edisi terhad, yang menjadi idaman peminat di seluruh dunia. Pada awalnya, tawaran jualan dibuka sama ada kepada pembeli berani dengan harga RM1.8 juta, atau ditukarkan dengan kereta mewah Porsche Carerra S beserta wang RM1 juta.
Ramai merasakan tawaran itu mustahil, namun rezeki berpihak kepada pengumpul tersebut apabila beliau mengumumkan bahawa koleksinya telah berjaya dijual pada harga yang diminta.

Koleksi Kad Pokémon saya secara rasmi TELAH TERJUAL dengan harga RM1,870,000! Dari bilik kecil di Shah Alam sehinggalah mencipta sejarah dalam Dunia Pokémon.
Beliau menambah bahawa kejayaan ini bukan sekadar jualan, tetapi kisah tentang keghairahan, usaha keras (grind), dan legasi.

Setiap kad, setiap kotak, setiap malam tanpa tidur—semuanya berbaloi. Ini bukanlah pengakhiran, ia hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat.
Apabila ditanya sama ada pembeli dari luar negara atau tempatan, pemuda itu mengesahkan pembeli adalah rakyat tempatan sendiri yang sanggup membayar harga yang ditetapkan.
Difahamkan, pengumpul ini telah membelanjakan kira-kira $420,000 USD atau bersamaan RM1,769,670 MYR untuk membina koleksi kad Pokémon impiannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
