Pelakon Yusuf Bahrin baru-baru ini dikecam kerana tampil bersentuhan dengan pelakon wanita. Netizen mempersoalkan Yusuf yang sebelum ini meletakkan had serta batasan dalam lakonannya.
Terbaru, Yusuf ketika ditemubual mStar menjawab isu tersebut. Jelasnya, segala lakonannya dilakukan atas dasar kerja dan amanah sebagai pelakon.
Namun apa pun alasannya, pelakon ini mengakui salah untuk memegang bukan mahram.
Tapi, itu antara kita dan Allah. Orang lain tak boleh judge tau benda ni. Takkanlah saya nak bagitahu, lepas saya buat benda ni, saya akan sembahyang taubat buat video semua. Takkanlah? Nanti orang cakap, argh dia ni poyo lah.
Tambah Yusuf lagi, dia terpaksa bersentuhan di atas dasar tanggungjawab terhadap watak yang diberikan.
Saya fikir balik… lantaklah! Bukan mereka bayar duit rumah saya, saya yang bagi nafkah dekat bini saya. Saya yang kena sediakan makan minum atas meja. Takkan saya nak ikut cakap orang saya kena susah? Betul tak? Tak fair la.
Bagi pelakon ini, jika mahu menegur lebih baik menghantar DM dan bukan meninggalkan komen secara terbuka di akaun Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
