/* */

Kutip Dana Kes Zara Qairina Cecah Hampir RM300K, Timbalan Menteri Agama Baharu Marhamah Rosli Beri Penjelasan

Kehidupan

Kutip Dana Kes Zara Qairina Cecah Hampir RM300K, Timbalan Menteri Agama Baharu Marhamah Rosli Beri Penjelasan

Seorang aktivis, Marhamah Rosli, sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu susulan pengumuman rombakan Kabinet kerajaan semalam telah mencetuskan beberapa isu berbangkit dalam kalangan masyarakat.

Marhamah sebelum ini dikenali sebagai aktivis yang menggerakkan inisiatif Justice for Zara serta terlibat dalam kutipan dana bagi menampung kos proses inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Advertisement

Mengulas isu tersebut, Marhamah menegaskan bahawa tiada sebarang dana disalah guna, sebaliknya semua sumbangan dikendalikan secara telus dan berasingan, memetik Sinar Harian.

Menurutnya, akaun tabung kutipan dana itu diasingkan sepenuhnya dan tidak bercampur dengan akaun lain mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah dipengerusikannya.

Tabung ini mempunyai penama tersendiri yang melibatkan ibu Zara Qairina, beberapa peguam, serta jawatankuasa NGO.

Berhubung jumlah dana yang dikumpulkan, Marhamah memaklumkan kutipan terkini mencecah RM254,995.92, dengan baki RM96,059.97 selepas mengambil kira pelbagai perbelanjaan berkaitan inkues, termasuk kos pengangkutan dan penginapan saksi pakar serta ahli keluarga Zara Qairina sepanjang tempoh persediaan dan perjalanan prosiding.

Beliau turut menjelaskan bahawa kutipan dana berkenaan telah memperoleh permit daripada Jabatan Ketua Menteri dan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, selain laporan lengkap sehingga November 2025 telah disediakan.

Kami memang bersedia untuk menyerahkan kepada pihak berkuasa (untuk diaudit).

Dalam pada itu, Marhamah turut menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan penipuan melibatkan emas, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Saya bukan ejen. Setiap kali dipanggil, kami membuat laporan dan saya sentiasa memberi kerjasama penuh.

Pelantikan Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri JPM (Hal Ehwal Agama) kini terus menjadi perhatian dengan orang ramai menantikan perkembangan lanjut berhubung isu-isu yang dibangkitkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tahfiz
2025-12-17 15:17:13

Ganggu Tugas Polis, Empat Lelaki Keluarga Pelajar Kena P*kul Dengan Guru Madrasah Ditahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: South Africa | Politics | Hairstyles | Technology | Travel