/* */

Kes Adik Dikel*r Abang Sendiri: Suspek Mungkin Terpengaruh ‘Video Game’, Alami Halusinasi – Polis

Berita

Kes Adik Dikel*r Abang Sendiri: Suspek Mungkin Terpengaruh ‘Video Game’, Alami Halusinasi – Polis

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera akibat dikelar pada leher mempunyai kaitan dengan permainan dalam talian.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian itu berkemungkinan dilakukan oleh abang mangsa berusia sembilan tahun.

Advertisement

polis

Berdasarkan siasatan awal, kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.

Tetapi ada kemungkinan ia berkaitan dengan satu aplikasi permainan di dalam telefon pintar milik abang mangsa.

Menurut beliau, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu difahamkan telah mengumpul kira-kira satu juta ‘mata’ dalam permainan tersebut. Namun, insiden dipercayai berlaku selepas adiknya merosakkan telefon pintar berkenaan, menyebabkan semua mata yang dikumpul hilang.

adik dikelar abang sendiri

Hasil soal siasat menunjukkan, mungkin ada kesan daripada permainan itu. Dia mengalami halusinasi waktu malam dan seolah-olah disuruh untuk mencederakan ahli keluarganya.

Difahamkan, suspek kecil itu mengambil sebilah pisau dari rumah dan mencederakan adiknya sendiri, namun motif sebenar masih dalam siasatan.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Batu Pahat. Walau bagaimanapun, polis masih belum dapat mengambil keterangan penuh daripadanya.

Kedua-dua beradik itu kini diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan mereka masih di bawah umur.

Dalam perkembangan lain, ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut yang masing-masing berusia 41 tahun telah direman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan parah) dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami
2025-10-19 13:44:30

Suami Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Ibu dan Anak Ditemui Maut di Kampung Sekolah Juru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Technology | Hairstyles | South Africa | Health | Hairstyles