/* */

Kes 18 Das Tembak*n : Bekas Penjaga Gol Kelantan FA Serah Diri Di Balai Polis Thailand

Berita

Kes 18 Das Tembak*n : Bekas Penjaga Gol Kelantan FA Serah Diri Di Balai Polis Thailand

Seorang bekas penjaga gol Kelantan FA yang menjadi suspek utama dalam kes tembakan 18 das ke atas seorang rakyat Malaysia di Kampung Bering, Sungai Golok, kelmarin, telah menyerah diri kepada polis Thailand malam tadi.

Menurut jurucakap Balai Polis Sungai Golok, suspek berusia awal 30-an itu hadir ke balai bersama dua pucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Advertisement

kes polis das tembakan

“Siasatan mendapati suspek mempunyai dua kerakyatan. Dua pucuk pistol yang dibawa ke balai polis dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan tragedi menyayat hati apabila seorang wanita sarat mengandung hanya mampu memeluk jenazah suaminya yang ditembak sebanyak 18 kali oleh dua lelaki dikenali di hadapan rumah mereka.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 petang ketika mangsa, Mohd. Fuad, seorang peniaga beg terpakai dalam talian, sedang memasang kamera CCTV di kediamannya.

Insiden tragis yang berlaku di hadapan mata isterinya, Wan Fatihah, itu mencetuskan kebimbangan ramai terhadap keselamatan rakyat Malaysia di sempadan.

Pihak berkuasa Thailand kini sedang menyiasat motif sebenar kejadian dan mengambil keterangan lanjut daripada suspek bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fahmi fadzil nga korming
2025-11-01 21:01:24

'Wartawan Berhak Tanya Apa Jua Soalan, Menteri Perlu Jawab Dengan Berhemah' - Fahmi Fadzil Tegur Nga Kor Ming

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Travel | Sport | Culture | Motoring | Business