Sejak mendirikan rumah tangga, setiap gerak-geri pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman sering menjadi perhatian ramai di media sosial.
Namun, menurut Amira, beliau dan suami memilih untuk tidak melayan komen negatif yang diterima.
Kami tak baca komen negatif di media sosial. Bagi saya, itu pendapat masing-masing dan tak semua orang akan suka. Apa yang penting, kami tak buat jahat dengan sesiapa dan tak dengki dengan orang lain.
Malah kami doakan supaya mereka yang tak gembira akan turut diberi kebahagiaan. Kami tak terlalu ambil pusing tentang komen luar sebab kami hanya mahu hidup dengan aman dan damai.
Amira menambah bahawa fokus kehidupannya kini adalah keluarga dan perjalanan baru sebagai seorang isteri.
Hidup ini bukan untuk puaskan hati manusia. Kami ada urusan lain, dan kami ingin hidup tenang tanpa perlu melayan perkara yang tak perlu.
Sementara itu, Fattah turut mengulas tentang perkahwinan mereka yang digelar sebagai ‘wedding of the year’ oleh warganet.
Kami gembira apabila orang cakap begitu. Sebenarnya kami hanya mahu berikan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu yang hadir. Harap semua orang gembira.
Pasangan ini juga memaklumkan akan mengadakan satu lagi majlis resepsi khas untuk meraikan para peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Walaupun agak penat kerana majlis diadakan berturut-turut, tapi sebenarnya rasa lebih seronok daripada letih
Majlis resepsi di Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Aina Abdul serta penyanyi Indonesia, Cakra Khan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
