/* */

Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai, Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga

Hiburan

Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai, Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis mencadangkan agar pelakon Kamal Adli melafazkan cerai terhadap isterinya, Uqasha Senrose, susulan kegagalan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dijalankan sebelum ini.

Bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dilaksanakan apabila pihak defendan, Kamal, dilaporkan masih berhasrat untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

Advertisement

Peguam yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, berkata laporan JKP telah menemui jalan buntu dan mahkamah mencadangkan lafaz talak satu, namun Kamal tidak bersetuju.

Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) telah menemui jalan buntu, justeru mahkamah mencadangkan lafaz talak satu. Namun defendan tidak bersetuju. Oleh itu, kes ini akan diteruskan ke peringkat seterusnya iaitu prosiding hakam yang dijadualkan pada 12 Januari.

Beliau berkata demikian selepas prosiding laporan JKP yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Syazmee memaklumkan mahkamah mendapati wujudnya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan selebriti tersebut.

Menurutnya, laporan JKP yang dikemukakan mengandungi perincian pelbagai isu termasuk dakwaan kekasaran rumah tangga serta kegagalan memberi nafkah.

Mahkamah meneliti laporan berkenaan secara menyeluruh dan mengambil kira semua faktor sebelum memutuskan bahawa shiqaq sememangnya wujud dalam perkahwinan Kamal dan Uqasha.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman serta masalah rumah tangga yang didakwa berlaku sejak April 2025.

Difahamkan, pasangan itu juga sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.

Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah.

Untuk rekod, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-18 11:55:24

Linda Hashim Dedah Mesej Didakwa Daripada Beego, Doakan Kecelakaan Ketika Umrah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Fashion | Skincare | Health | Skincare | Culture