Jasmine Food Corporation memperkenalkan produk terbaharunya, Beras Jasmine Oppa, menjadikan syarikat ini jenama tempatan pertama di Malaysia yang mengeluarkan beras berinspirasikan Korea yang direka khas untuk hidangan autentik seperti di negara asalnya.
Mengikuti gelombang K-pop dan budaya Korea yang semakin digemari rakyat Malaysia, daripada muzik, drama hingga ke makanan, Jasmine membawa pengalaman itu ke meja makan melalui beras yang menampilkan rasa dan tekstur sebenar dari Korea.
Beras Jasmine Oppa mempunyai tekstur lembut, gebu dan sedikit kenyal, menjadikannya sempurna untuk hidangan popular Korea seperti bibimbap, kimchi fried rice dan kimbap. Dibungkus secara tempatan, halal dan berkualiti tinggi, produk ini menggabungkan keaslian cita rasa Korea dengan kemudahan untuk disediakan di rumah.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation, Encik Alan Kwong, rakyat Malaysia kini lebih terbuka dengan budaya Korea dan makanan menjadi antara cara paling mudah untuk merasai pengalaman itu. Katanya,
Dengan Jasmine Oppa Rice, kami mahu rakyat Malaysia menikmati pengalaman makan seperti di Korea, tanpa perlu ke luar negara.
Majlis pelancaran rasmi diadakan di TGV Cinemas, 1 Utama, disertai tetamu kehormat, rakan niaga, pihak media serta pempengaruh tempatan. Acara turut menampilkan hidangan bertemakan Korea dan tayangan khas filem G-Dragon in Cinema: Übermensch bagi memeriahkan suasana pelancaran.

Beras Jasmine Oppa kini boleh didapati di semua pasar raya dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.
