/* */

“Jangan Tunjuk Sangat ‘Control’, Mengarah Suami” – Umisya Kesal Dituduh Suruh Aslam Abaikan Marissa Dania Seabgai Isteri Kedua

Kehidupan

“Jangan Tunjuk Sangat ‘Control’, Mengarah Suami” – Umisya Kesal Dituduh Suruh Aslam Abaikan Marissa Dania Seabgai Isteri Kedua

Personaliti media sosial, Umisya Mazlan, meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap dirinya susulan isu rumah tangga yang sering menjadi perhatian umum.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Umisya menegaskan bahawa dia tidak pernah campur tangan dalam urusan poligami mahupun meletakkan sebarang syarat kepada suaminya.

Advertisement

Umisya

Dekat sini saya nak tegaskan, saya tak pernah meletakkan syarat, tak pernah menyuarakan itu atau ini sebagai isteri.
Tak pernah mengarah segala kejadian dalam rumah tangga.

Mengakui tidak selesa apabila konflik rumah tangganya menjadi bahan perbualan, Umisya berkata dia kini memilih untuk melihat segala yang berlaku dengan hati terbuka dan menjadikan setiap ujian sebagai pengajaran.

Sebagai seorang ibu kepada tiga anak, Umisya berkata fokusnya kini adalah untuk meneruskan kehidupan yang tenang dan menunjukkan teladan baik kepada anak-anaknya.

Bila menerima semua keadaan ini, saya cuba untuk move on dan tunjuk kehidupan yang baik untuk anak-anak supaya mereka tengok nanti ummi dan papa baik-baik saja.

Untuk rekod, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pasangan ini pernah berpisah pada September 2023, sebelum kembali rujuk dalam tempoh iddah.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata — Hud (4), Nuh (3) dan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.

Terdahulu, suaminya Aslam turut mengahwini anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania Hakim, di Songkhla, Thailand, pada Disember 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farah Lee
2025-11-12 10:02:04

“Tak Sempat Nak Kacip Kat Sini” – Farah Lee Jelaskan Jarang Aktif Di Media Sosial, Sibuk Dengan Komitmen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Skincare | Motoring | Beauty | Skincare | Sport