/* */

Isu ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Suami Neera Azizi Digantung Tugas Sebagai Mutawif

Kehidupan

Isu ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Suami Neera Azizi Digantung Tugas Sebagai Mutawif

Suami kepada penyampai radio Neera Azizi, iaitu Muhammad Hafizi Mohd Noor, telah digantung tugas susulan penularan video sambutan ‘gender reveal’ yang dilakukan di hadapan Kaabah, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. menerusi satu kenyataan rasmi, yang memaklumkan bahawa pihak mereka memandang serius isu berkenaan dan telah menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh.

Advertisement

insaf travel

Menurut kenyataan tersebut, hasil siasatan mendapati berlaku pelanggaran terhadap etika serta Standard Operating Procedure (SOP) syarikat yang telah ditetapkan kepada setiap petugas.

Susulan itu, tindakan tatatertib telah diambil terhadap Hafizi.

Pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menggantung individu tersebut dari berkhidmat selama enam (6) bulan berkuat kuasa serta-merta.

Sepanjang tempoh tersebut, individu berkenaan tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang tugasan operasi atau membimbing jemaah ke Tanah Suci.

Individu berkenaan turut dikenakan tindakan tatatertib dalaman termasuk pengeluaran surat amaran rasmi dan sebarang pertimbangan pelantikan semula hanya akan dibuat tertakluk kepada pematuhan penuh terhadap ketetapan serta garis panduan syarikat.

Dalam kenyataan sama, pihak In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan kesucian ibadah di Tanah Suci, selain etika serta imej syarikat.

Artis Wanita Dan Suami Bergelar Mutawif Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Agensi Umrah Ambil Tindakan – “Tiada Kompromi..”

Terdahulu, tular di media sosial rakaman pasangan tersebut yang meraikan pendedahan jantina bayi mereka di hadapan Baitullah, sekali gus mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati kesucian tempat ibadah umat Islam.

Susulan kecaman bertubi-tubi yang diterima, pasangan berkenaan dilaporkan telah memadam video tersebut daripada semua platform media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

agensi umrah neera azizi
2025-12-18 10:26:11

Artis Wanita Dan Suami Bergelar Mutawif Buat 'Gender Reveal' Depan Kaabah, Agensi Umrah Ambil Tindakan - "Tiada Kompromi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Politics | Fashion | South Africa | Skincare | Lifestyle