/* */

Isra*l Kini Berhadapan Krisis Wabak, Lebih 5,000 Disahkan Dijangkiti

Dunia

Isra*l Kini Berhadapan Krisis Wabak, Lebih 5,000 Disahkan Dijangkiti

Israel kini berdepan wabak campak yang semakin membimbangkan, apabila sekurang-kurangnya lapan bayi dilaporkan maut akibat jangkitan itu.

Menurut laporan Harian Metro, wabak berkenaan telah merebak ke sembilan kawasan penempatan di seluruh negara.

Advertisement

Antara kes terbaru melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Hadassah, Ein Kerem, selepas sepuluh hari dirawat dalam keadaan serius.

virus wabak isrrael

Kementerian Kesihatan Israel (MoH) mengesahkan semua mangsa tidak menerima vaksin campak dan berusia bawah dua tahun setengah.

Sehingga kini, lebih 1,700 pesakit disahkan dijangkiti, namun pakar kesihatan percaya jumlah sebenar mungkin mencecah sekitar 5,000 kes.

“Kami tahu penyakit ini masih banyak yang tidak didiagnosis, dan terdapat beberapa ribu lagi pesakit yang dijangkiti,” kata Ketua Epidemiologi Israel, Sharon Alroy-Preis.

Wabak ini turut memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan Israel apabila 468 pesakit kini dirawat di hospital, dengan 93 peratus daripadanya merupakan kanak-kanak.

Pada peringkat awal, penularan dilaporkan tertumpu di kawasan liputan vaksin rendah seperti Jerusalem, Beit Shemesh dan Bnei Brak, namun kini ia merebak ke lebih banyak kawasan di seluruh negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pempengaruh di China wajib ada degree
2025-10-28 13:51:44

China Wajibkan 'Influencer' Dan Pempengaruh Punyai Ijazah Sebelum Buat Kandungan Berilmiah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Motoring | Hairstyles | Skincare | Hairstyles | Lifestyle