Usahawan sensasi, Nur Sajat, meluahkan rasa berang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa dirinya telah meninggal dunia, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Sajat memuat naik tangkap layar satu berita palsu di Facebook yang mendakwa dia meninggal dunia di sebuah hospital di London, semalam.
Tidak berdiam diri, Sajat tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dirinya masih hidup, sihat serta berada di Australia. Malah, dia menyifatkan berita palsu itu sebagai satu fitnah yang sangat jahat.
Hoi, saya masih HIDUP ya. Sihat, bekerja dan berada di Australia.
Berita kata saya meninggal di London tu FITNAH PALING JAHAT. Jangan jadikan dosa sebagai konten. Padam sekarang! Anjing!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan berita berkenaan mungkin merujuk kepada individu lain yang mempunyai nama hampir sama dengan Sajat.
Sajjad lain tu Sajat..
Walaupun dia maki dalam komen, tetap boleh bayangkan ekspresi dia tengah memaki ya, Hahaha adoilah, sabar lah.
Bagaimanapun, Sajat menegaskan bahawa hanya terdapat seorang individu bernama Sajjad yang dikenali ramai di Malaysia, iaitu dirinya sendiri.
Untuk rekod, Sajat telah berhijrah ke Australia sejak tahun 2021. Dia sebelum ini turut mendakwa telah berjaya menukar status jantinanya kepada wanita di sana pada tahun 2022 dan mengakui berasa lebih selesa serta bebas menjadi diri sendiri sepanjang berada di negara tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

