/* */

Gabung Budaya, Teknologi & Naratif Tempatan. ‘Explore With Maxis’ Hubung Masyarakat Dengan Penerokaan Bandar

Branded

Gabung Budaya, Teknologi & Naratif Tempatan. ‘Explore With Maxis’ Hubung Masyarakat Dengan Penerokaan Bandar

Kuala Lumpur bukan sekadar bandar yang kita ulang-alik setiap hari. Di sebalik bangunan lama, lorong kecil dan mercu tanda ikonik, ada cerita yang membentuk siapa kita hari ini.

Melalui Explore with Maxis, Maxis memilih untuk meraikan warisan ini dengan cara yang lebih dekat, lebih peribadi dan boleh dialami sendiri oleh pelanggan mereka.

Maxis Cipta Momen Eksplorasi Bermakna Buat Pengguna

Explore with Maxis ialah pengalaman penerokaan bandar yang dicipta khas untuk pelanggan Maxis, hasil kerjasama dengan Think City.

Menerusi lawatan bas interaktif, peserta akan dibawa menyusuri kawasan Kuala Lumpur Lama (Downtown Kuala Lumpur), sebuah kawasan bersejarah yang dipulihkan di bawah inisiatif Warisan KL.

“Dengan Explore with Maxis, kami mahu menjadikan penerokaan lebih mudah dan lebih bermakna. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk memperkaya pengalaman harian melalui reka bentuk yang teliti,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Perniagaan Pengguna, Maxis.

Ia bukan sekadar perjalanan untuk bersiar-siar, tetapi untuk memahami dan menghargai warisan negara.

Cerita Bandar Yang Dihidupkan Dengan Cara Moden

Sepanjang perjalanan, di setiap hentian pemandu pelancong akan berkongsi kisah di sebalik lokasi yang dikunjungi.

Menariknya, pengalaman ini diperkaya dengan bantuan Miya, pembantu AI dalam aplikasi Maxis, yang memberikan konteks tambahan, fakta budaya dan cerita yang mungkin kita tak pernah dengar sebelum ini.

Lagi istimewa, dekat setiap lokasi yang di daftar masuk (check in) peserta akan dapat update terkini (highlight) mengenai Maxis Deals di kawasan berdekatan.

Bagi peserta yang berjaya mengumpul semua kesemua digital setem di setiap hentian akan mendapat Ganjaran Misteri. Macam explorerace pula rasa!

Laluan Ikonik, Pengalaman Yang Lebih Dekat Di Hati

Untuk Explore with Maxis, eksplorasi akan bermula dari Menara Maxis (bagi mereka yang memilih untuk menaik bas) dan melalui lokasi ikonik seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Stadium Merdeka.

Di setiap hentian pula ada macam-macam aktivti seperti lawatan dengan berjalan kaki, pengalaman berasaskan warisan, serta seni dan makanan tempatan.

Tapi paling menarik mestilah dekat hentian yang ada persembahan gamelan secara langsung, makanan tempatan dan sesi dram interaktif.

Istimewa Untuk Pengguna Maxis, Jom Explore Kuala Lumpur!

Menarik kan?! Tapi lagi istimewa kalau anda pelanggan Maxis, sebab lawatan bas imersif ini akan berlangsung pada 20–21 Disember 2025 dan 3–4 Januari 2026.

Penyertaan adalah percuma dan eksklusif untuk pelanggan Maxis yang telah mendaftar.

Terokai Cara Sendiri, Ikut Rentak Sendiri

Bagi pelanggan Maxis yang lebih gemar meneroka secara bebas, aplikasi Maxis turut membuka peluang untuk mengenali bandar dengan cara tersendiri.

Pengguna boleh masuk ke aplikasi Maxis dan dapatkan bantuan Miya yang akan bercerita tentang kisah di sebalik lokasi dilawati yang dapat didengar secara imersif audio.

Bersama Miya, setiap mercu tanda dilengkapi dengan kisah dan pandangan budaya, menjadikan setiap langkah di sekitar Kuala Lumpur terasa lebih bermakna.

Kadang-kadang, rasa bangga terhadap bandar sendiri bermula apabila kita diberi ruang untuk mengenalinya semula.

Kali ini, Maxis menjemput pelanggan mereka untuk menjadi sebahagian daripada cerita itu. Untuk info lanjut layari http://bit.ly/3XXX3n9.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Hairstyles | Skincare | Politics | World News | Technology