Penyanyi Ariff Bahran mendedahkan pengalaman pahit apabila mengalami kerugian hampir setengah juta ringgit selepas pihak penganjur gagal membawa kumpulan popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) untuk mengadakan konsert di Malaysia.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Ariff atau nama penuhnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari tampil mempertahankan dirinya selepas menerima pelbagai reaksi dan pandangan sinis, termasuk daripada individu yang berpengalaman dalam industri penganjuran konsert.

Menurut Ariff, keputusan untuk melaburkan sejumlah wang yang besar bukan dibuat secara semberono, sebaliknya berdasarkan pertimbangan dan alasan yang dirasakan kukuh ketika itu.
Saya menghormati pengalaman anda, tetapi itu tidak memberi hak untuk memperlekehkan orang lain. Anda tidak tahu cerita sepenuhnya.
Pelantun lagu Kata Akhirmu itu turut mengakui kesilapannya sebagai individu yang masih baharu dalam dunia penganjuran acara, namun menganggap insiden tersebut sebagai satu pengajaran besar dalam hidup dan kerjayanya.
Saya mempunyai alasan yang kukuh dan tidak akan melaburkan jumlah yang besar tanpa pertimbangan sewajarnya. Saya mengaku, saya masih baru. Saya telah belajar daripada kesilapan ini.
Dalam masa sama, Ariff turut meminta agar pihak yang lebih berpengalaman atau digelar ‘otai konsert’ tidak memandang rendah usaha dan kesilapan orang lain.
“Nak Jadi Hero, Kau Pun B*doh Bing*i Percaya Bulat-Bulat Scamm*r” – Iman Tang
Tolong kekalkan rasa hormat wahai ‘otai konsert’.
Sebelum ini, penganjur konsert berpengalaman, Iman Tang, menyuarakan pandangan bahawa mempercayai individu luar tanpa penelitian mendalam merupakan satu langkah berisiko tinggi.
Pada Selasa lalu, Ariff mendedahkan bahawa dia bersama rakan-rakannya mengalami kerugian sebanyak RM425,000 selepas dipercayai ditipu oleh seorang penganjur acara.
Individu berkenaan didakwa menghilangkan diri dan gagal memulangkan wang seperti yang dijanjikan, sekali gus meninggalkan kesan besar kepada Ariff dan pasukannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
