Pelakon Uqasha Senrose mendakwa berdepan keganasan rumah tangga yang mendorongnya memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Kamal Adli.
Uqasha, 33, mendakwa penderaan itu telah berlarutan sepanjang empat tahun perkahwinan mereka termasuk ketika hamil sehingga selepas dikurniakan cahaya mata.

Saya cuba untuk bertahan kalau dia naik tangan, naik kaki, maki, tengking tinggi suara, kasar tolak-tolak badan. Saya boleh terima.
Tapi bila adanya Uqaira (anak), dia masih juga dengan perangai yang sama. Dalam keadaan mengandung pun dia kasari saya.Sampai bila? Daripada mengandung saya kena tolak, sarat hamil tujuh bulan pun kena kena tarik rambut dan macam-macam lagi.
Kenapa saya minta cerai? Perempuan tak akan minta cerai kalau tiada sebab yang munasabah. Kerana pentingkan anak dan kesihatan mentalnya yang masih kecil yang melihat ibunya ditengking, saya teruskan minta cerai.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Uqasha yang ditemani peguam syarie, Muhammad Syazmee Sapian, turut menjelaskan keputusan untuk berdiam diri selama ini dan tidak mendedahkan kepada umum mengenai dakwaan keganasan tersebut dibuat bagi menjaga aib kedua-dua pihak memandangkan mereka merupakan selebriti.
Saya ada bagitahu keluarganya yang saya dipukul. Keluarganya kata “mungkin ini cara kalian berbahagia”. Saya ada juga maklumkan kepada ibu mentua, namun dia meminta untuk saya terus bersabar.
Kenapa saya minta cerai secara baik tapi tak nak selesaikan? Saya tak nak bagitahu benda ini (pukul). Kalau ini yang kalian ingin tahu, inilah yang sebenarnya. Saya diam, saya pendam, saya jaga (aib).
Sementara itu, peguam sivil mewakili Uqasha, Asheeq Ali Seth Alivi, memaklumkan anak guamnya telah membuat empat laporan polis berhubung dakwaan keganasan rumah tangga bermula awal Disember lalu.
Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai, Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga
Arahan yang telah kami terima adalah kita akan teruskan untuk ambil tindakan yang sewajarnya melalui proses PDRM dan juga proses Mahkamah Sivil.
Untuk pengetahuan pihak media, daripada pihak Uqasha, empat laporan polis telah difailkan. Tiga laporan difailkan oleh Uqasha dan satu oleh ibu Uqasha.
Semua laporan melibatkan aduan daripada Uqasha bahawa dia telah didera dan dipukul. Dinaik tangan, dinaik kaki. Untuk seterusnya, kita biarkan pihak polis menjalankan siasatan.
Kepada sesiapa yang tak bersetuju atau tak puas hati, atau mengatakan apa yang Uqasha kata tadi fitnah, mohon failkan saman fitnah terhadap Uqasha, hantar ke pejabat saya.
Kes berkenaan kini menjadi perhatian ramai dan dijangka akan terus mendapat perkembangan susulan proses siasatan pihak berkuasa serta prosiding mahkamah yang masih berjalan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

