/* */

Digelar ‘Jin Dasim’ Oleh Netizen, Coach Cerai Tampil Beri Penjelasan – “Mereka Tak Faham Skop Kerja Saya”

Kehidupan

Digelar ‘Jin Dasim’ Oleh Netizen, Coach Cerai Tampil Beri Penjelasan – “Mereka Tak Faham Skop Kerja Saya”

Disebabkan gelaran ‘Coach Cerai’, lelaki ini pernah dikecam dan digelar ‘dasim’, iaitu jin yang dikatakan suka merosakkan rumah tangga. Namun bagi Mohd Izary Muhammed Ikhbal, 45, tanggapan itu jauh tersasar daripada tujuan sebenar kerjayanya.

“Memang ada yang kecam hingga panggil saya ‘dasim’ dan anggap saya nak ajar orang bercerai. Tapi saya tak salahkan mereka, mungkin ada yang tak faham skop kerja saya — sebenarnya saya nak bantu selamatkan rumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Mohd Izary pernah bergiat dalam bidang kewangan selama dua dekad, namun selepas melalui dua kali perceraian, beliau memilih untuk beralih arah dan menubuhkan khidmat ‘Coach Cerai’ sejak Oktober tahun lalu.

Kerjaya uniknya mula mendapat perhatian apabila muncul dalam satu video tular bersama seorang selebriti wanita, yang juga kliennya, membincangkan isu rumah tangga.

Saya ada pengalaman bercerai, yang pertama pada 2006 dan sekarang saya bersama isteri ketiga. Alhamdulillah, rumah tangga kami dah bertahan 12 tahun.

Sebelum ini saya pernah nasihat ramai pasangan supaya tak bercerai, jadi bila ramai cadangkan saya jadi ‘coach cerai’, saya nampak ia peluang baik untuk bantu orang lain.

Sejak memulakan khidmatnya setahun lalu, 90 peratus klien Izary terdiri daripada individu yang telah bercerai, termasuk dari luar negara, dengan sesi bimbingan dijalankan secara maya melalui Zoom.

Advertisement

Beliau dibantu isterinya, Ungku Zuraida Ungku Izzat, yang memberi sudut pandang wanita dalam sesi kaunseling. Antara kepuasan terbesar ialah apabila pasangan yang hampir bercerai berubah fikiran, malah ada klien wanita yang trauma kembali terbuka hati untuk berkahwin semula.

Dengan pendekatan empati dan pengalaman peribadi, Mohd Izary membuktikan bahawa menjadi ‘Coach Cerai’ bukan bermakna menggalakkan perpisahan, sebaliknya membantu orang ramai memahami erti sebenar rumah tangga dan peluang kedua dalam hidup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-30 12:30:29

Ira Kazar Mengamuk Ada Individu Cuba Ganggu Kehidupan - "Tak Habis-Habis Dengan Thailand, Jin Sihir Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Entertainment | Business | Education | Technology | Motoring