Kecoh di laman sosial apabila pempengaruh media sosial Cik Bunga tampil meluahkan masalah rumah tangganya dengan suami, Hammad Zamakhshari atau lebih dikenali sebagai Bengah.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Cik Bunga mendedahkan perbualan mesej Bengah dengan beberapa wanita lain, termasuk bekas kekasihnya, yang didakwa masih berhubung secara peribadi.

Lebih mengejutkan, Cik Bunga turut mendakwa suaminya berbicara buruk mengenai dirinya kepada wanita lain.
Cuba-cuba nak kutuk aku dekat perempuan lain. Kau ingat hati aku tak pernah hancur? Macam ini ke suami? Suami yang suka kutuk bini sendiri dari dulu lagi?
Dengan ex girlfriend pun masih cuba mesej lagi. Aku tak tahu kat sudut mana kau letak aku dalam hati kau?
Apa yang tak pernah kau buat pada aku? Kau suka kan benda ini jadi? Kau yang jahat mulut burukkan aku itu ini dalam live! Hidup aku musnah! Rumah tangga aku hancur! Apa lagi kau nak pertahankan?
Luahan berani Cik Bunga itu kini tular di laman sosial, dan ramai netizen tampil memberikan sokongan kepadanya sambil menyuarakan rasa kecewa terhadap sikap Bengah.
Malah, tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna mula berhenti mengikuti akaun Bengah, susulan pendedahan yang mengejutkan itu.
Setakat ini, Bengah masih belum memberikan sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan yang dibuat oleh isterinya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
