Suami kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, Nabil Mahir, meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap seorang kontraktor yang pernah melakukan kerja ubah suai di rumahnya.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Nabil mendakwa kontraktor berkenaan melakukan kerja yang tidak kemas sehingga menyebabkan beberapa kerosakan dan terpaksa diperbaiki semula selepas tempoh tertentu.

Dah bertahun aku sabar. Barely any left. Aku benci contractor lama. Penipu. Scammer. Gila. Jumpa macam-macam lagi yang dia tipu even selepas dia dah belah.
Nabil turut berkongsi antara kesilapan serius yang didakwa berlaku ketika kerja pengubahsuaian dijalankan, khususnya melibatkan pemasangan bilik air.
Bayangkan, dia buat bilik air tapi rupa-rupanya paip tak sambung dari atas, dalam dinding. Jadi, air keluar mengalir dalam dinding dan keluar dari plug socket.
“Pecah balik, betulkan semula. Now tilling again,” katanya.
Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet, dengan rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang dihadapi Nabil. Malah, ada netizen yang meminta pelakon itu mendedahkan identiti serta nama syarikat kontraktor terbabit bagi mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa penipuan yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

