Strategi pemasaran dalam industri motosikal di Malaysia kini menjadi tumpuan ramai apabila beberapa jenama terkemuka tampil dengan ‘perang poster’ di media sosial masing-masing cuba menonjolkan keunikan dan keaslian jenama mereka sambil menyindir pesaing secara halus.
Menurut hantaran pengguna Threads, @Ahmad Adam, kempen bermula selepas Yamaha XMax memuat naik poster dengan ayat yang mencetuskan perdebatan:
“Hanya ada satu yang asli, dalam saat lain yang cedok idea, kami terus berinovasi.”

Kenyataan itu pantas menarik perhatian pengguna media sosial yang berpecah pendapat ada yang memuji Yamaha sebagai peneraju inovasi, namun ada juga yang beranggapan model tersebut hanya menukar reka bentuk tanpa pembaharuan besar.
Tidak lama selepas itu, jenama motosikal berkuasa tinggi Ducati Malaysia tampil membalas dengan sindiran sinis melalui poster model Panigale berwarna merah, disertai kapsyen:

“Sorry. But this is innovation. We didn’t just change the coverset. We did much more than that.”
Kenyataan itu mencetuskan gelombang baharu dalam kalangan peminat motor, sehingga Suzuki pula menyertai ‘pertempuran’ tersebut dengan menampilkan model R GSX, sambil menegaskan aspek ketahanan dan kualiti jangka panjang produk mereka.

“Sorry. Real innovation? Doesn’t need recalls. We believe true progress isn’t just power, it’s reliability that lasts decades.”
(Maaf. Inovasi sebenar? Tak perlu panggil semula. Kami percaya kemajuan sebenar bukan sekadar kuasa, tapi ketahanan yang nyata.)
Sementara itu, jenama tempatan Modenas juga tidak ketinggalan menyertai ‘perang’ dengan menyindir pesaing yang didakwa meniru rekaan model mereka:

“Tiru?? Kami tidak perlu tiru. Hanya yang veteran kenal logo kami.”
Jenama MForce, yang membawa model SYM ADX TG 400, turut masuk gelanggang dengan slogan berani:
“Ada dah goyang tapi bukan kami. Tidak gentar dengan pembaharuan, inovasi sebenar lahir dari kami.”
Walaupun tidak menyebut nama jenama tertentu, ramai percaya ia juga merupakan sindiran halus kepada pesaing.



Namun di sebalik perang poster yang menghiburkan, ramai pengguna media sosial menasihati syarikat-syarikat motosikal ini agar fokus kepada harga mampu milik dan kualiti produk, bukan sekadar persaingan di media sosial.
Apa pun, ‘perang kreatif’ ini berjaya mencuri perhatian ramai membuktikan bahawa strategi pemasaran digital kini menjadi medan utama dalam dunia automotif tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
