Kamal Adli meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa tidak dapat menahan perasaan ‘marah’ susulan laporan serta dakwaan yang dibuat isterinya, Uqasha Senrose, berkaitan isu rumah tangga mereka.
Menurut Kamal, terdapat pihak ketiga yang digelar sebagai ‘coach cerai’ yang didakwa berperanan membantu Uqasha dalam proses perceraian tersebut. Kamal mendakwa individu berkenaan enggan bertemu dengannya dan didakwa sengaja mengelak daripada sebarang pertemuan.
Difahamkan, Kamal sebelum ini berhasrat untuk bertemu bagi mendapatkan penjelasan secara bersemuka, namun usaha tersebut tidak berhasil kerana pihak terbabit tidak mahu berjumpa dengannya.
Kalau kau tak puas hati kau datang jumpa aku, cerita depan-depan sebab kau masih isteri aku! Tak payah nak mengadu kat ‘Coach Cerailah’ aku ada, aku standby je.
Dalam masa sama, Kamal menegaskan bahawa sepanjang kemelut rumah tangga yang berlaku, beliau tidak pernah membuka aib isterinya kepada umum, sebaliknya memilih untuk berdiam diri demi menjaga maruah keluarga.
Pelakon itu turut dilaporkan berasa terkilan apabila isu peribadi rumah tangga mereka menjadi perhatian umum, sedangkan beliau mendakwa masih berusaha menyelesaikan perkara tersebut secara tertutup dan baik.
Isu melibatkan pasangan selebriti ini terus menjadi tumpuan ramai, dengan orang ramai menantikan perkembangan lanjut susulan kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

