/* */

“Co-Parenting Dalam Islam Berasaskan Belas Kasihan Dan Tanggungjawab…” – Isteri Nubhan

Trending

“Co-Parenting Dalam Islam Berasaskan Belas Kasihan Dan Tanggungjawab…” – Isteri Nubhan

Isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, baru-baru ini menekankan pentingnya konsep co-parenting dalam Islam untuk pasangan yang sudah tidak sehaluan.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr. Afifah menjelaskan bahawa dalam co-parenting, belas kasihan dan tanggungjawab adalah dua elemen penting yang perlu diterapkan dalam mendidik anak-anak selepas berpisah.

Advertisement

Co parenting

Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah iaitu belas kasihan dan tanggungjawab. Walaupun perkahwinan berakhir, kewajipan untuk memelihara dan membimbing anak-anak kekal sebagai amanah yang dikongsi bersama.

Dr. Afifah menegaskan bahawa meskipun perkahwinan mereka telah berakhir, ibu bapa tetap mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau turut menyatakan bahawa pasangan yang bercerai perlu bersama-sama mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, rasa hormat, dan keimanan.

Mestilah bersama-sama mendidik mereka tentang kasih sayang, rasa hormat dan keimanan.

Sementara itu, Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini. Tindakan ini selepas perkahwinan mereka yang telah berakhir pada 2017, di mana Nubhan melafazkan talak satu ketika Afifah sedang hamil enam bulan dengan anak pertama mereka.

Meskipun mereka pernah rujuk semula selepas lafaz talak pertama, perkahwinan mereka tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah atau pejabat agama.

Baru-baru ini, Nubhan juga memfailkan pengesahan lafaz talak pertama, rujuk, dan lafaz talak kedua yang berlaku pada Ogos 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-06 10:30:38

Nubhan Muat Naik IG Story 'Amber Heard', Peminat Naik Hantu - "Sindir Ibu Yang Lahirkan Anak Sendiri Ke?"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Culture | Opinion | Sport | South Africa | Health